Monday, May 16, 2011

Cuti-cuti Bandung

Percutian kali ini begitu istimewa. Bandung menjadi destinasi percutian seperti yang telah dirancang sejak dari Julai 2010. Walau pun kali pertama ke sana, kami tidak menggunakan agensi pelancungan kerana yakin dengan bantuan rakan-rakan yang pernah ke sana. Melalui pengalaman mereka kami merancang percutian kali ini secara sendirian. Segala-galanya diuruskan sendiri melalui telefon yang nombor-nombornya diperolehi melalui samada carian internet atau rakan.
Kami memulakan perjalanan dari rumah menuju ke KLIA pada pagi hari 28 April 2011 sekitar jam 7.00 pagi. Walau pun pesawat hanya akan berlepas jam 12.30 tengahari, tetapi terpaksa bergerak awal kerana hari tersebut adalah hari bekerja dan untuk mengelakkan kesesakan lalulintas di beberapa kawasan.

Hari Pertama


Penerbangan dengan pesawat MAS tepat mengikut jadual dan jam 1.10 petang waktu Indonesia Barat, (perbezaan masa 1 jam) pesawat mendarat di lapangan terbang Antarabangsa Husein Sastranegara, Bandung. Proses daftar masuk yang dilakukan oleh pihak imigresen Indonesia agak lambat. Hanya 2 kaunter sahaja dibuka untuk urusan mengambil gambar dan cap jari penumpang. Menurut sumber ianya adalah proses anti pengganas yang di lakukan oleh kerajaan Indonesia. Setiap pelawat yang mengunjungi negara itu akan diambil gambar dan cap jarinya sebagai pengenalan diri. Saya tidak pasti samada proses ini akan dibuat untuk pelancung yang sering melawat negara itu.

Selesai urusan di lapangan terbang, pemandu kami terus membawa ke Hotel Guntur dimana hotel itulah menjadi tempat penginapan selama beberapa hari di Bandung. Dia mencadangkan agar kami mengambil apartment kerana kami 2 keluarga. Kami bukan pergi 4 beranak sahaja kerana turut ditemani rakan sepejabat isteri aku yang juga membawa keluarganya. Tapi kami menolak pelawaannya kerana hotel yang kami tempah telah di tinjau dahulu lokasi dan kemudahan yang ada. Menurut rakan yang pernah menginap di situ jaraknya tidak jauh dengan Pasar Baru. Sesampainya di hotel, supir kami sempat menunjukkan lokasi Pasar Baru yang memang menjadi kegilaan wanita yang ingin membeli belah. Hanya lebih kurang 500 meter sahaja dari hotel penginapan. Isteri aku cukup teruja kerana jarak yang sedekat itu membolehkan dia berjalan kaki sahaja ke sana.

Bangunan yang kelihatan berbumbung dibelakang adalah Pasar Baru
Selepas daftar masuk ke hotel, berehat sebentar sambil mengalas perut dengan bekalan yang kami bawa. Kerana tidak tahu tempat untuk mencari makan kami telah bersedia dengan membawa makanan ringan dan air mineral untuk bekalan sepanjang 4 hari di sana. Tujuannya kerana bimbangkan kebersihan dengan makanan yang dijual. Sekitar jam 3.30 petang kami keluar berjalan kaki menuju ke Pasar Baru. Perjalanan yang dekat tetapi cukup sesak dengan orang ramai. Sepanjang kali lima bangunan kedai dipenuhi dengan peniaga yang melambakkan barang jualan. Kaki lima yang sepatutnya selesa dilalui menjadi sempit dan menyukarkan perjalanan.  Tapi begitulah negara yang mempunyai ramai penduduk. Setiap orang berebut mencari peluang mencari rezeki sebagai nafkah hidup. Peraturan tidak berguna jika perut tidak dapat diisi.

Hampir 2 jam di situ kami bergerak pulang ke hotel. Perniagaan di Pasar Baru di tutup awal, sekitar jam 5.00 petang. Bagaimana pun masih ada peniaga yang menutup perniagaan mereka jam 6.00 petang. Cuaca di Indonesia Barat  cepat gelap. Mungkin sebab itu mereka menutup perniagaan. Berbeza dengan kita di Malaysia, ada peniaga yang memulakan perniagaan jam 8.00 malam sehingga subuh seperti di Uptown. Malam itu kami berehat di hotel dan tidur agak awal kerana keletihan.
Bersambung.....

1 comment:

Irdi Tour Bandung said...

Salam ....
Jom gi bandung!! Habiskan masa terbaik tuan/puan disini..
Kami bisa hantarkan untuk berpusing pusing.
Dengan harga jimat dan service bintang 5 tuan/puan bisa bersenang senang menikmati cantik nya kota bandung.
khusus untuk bulan november dan desember ni kami adakan harga promo!! IRDI TOUR BANDUNG, menyediakan perkhidmatan supir Dan kenderaan sepanjang bercuti di Bandung atau Jakarta. Untuk maklumat yang lengkap, Sila hubungi IRDI TOUR BANDUNG berkenaan promosi percutian di Bandung,atau melayari Blog : htt:keretamurahpelancongan.blogspot.com. Jom jom ke bandung bersama IRDI, Dijamin murah dan puas hati Kepuasan Tuan / Puan adalah kebanggaan Irdi. Dijamin Irdi bagi harga sangat murah dan berpatutan serta layanan yang sangat baik. Contact Person : Mobile Phone : +6281322167717 Whatsapp: +6281214741600 / +6281220477335 Email : irditour.bandung@yahoo.com Facebook Irdi tour Bandung amat mengalu-alukan kedatangan Tuan / Puan. Waalaikumussalam