Tuesday, June 22, 2010

FIFA World Cup

Disebabkan game yang berlangsung 4 tahun sekali ini dan menghimpunkan banyak bintang-bintang bolasepak dunia, makanya aku terangsang untuk memasang Astro di rumah walau pun dulu pernah cakap untuk tidak melanggannya. Semua ni disebabkan RTM yang hanya menyiarkan beberapa perlawanan tertentu sahaja.

Malangnya selepas 1 minggu aku mendaftar secara on-line, dan telah mengesahkan melalui telefon apabila dihubungi melalui telefon oleh 2 orang staf mereka, hingga saat aku menulis ini tiada lagi apa-apa respons yang aku terima. Agaknya Astro dah tak mahu duit lagi.. maklumlah keuntungan dah berjuta-juta.... tak luak pun kalau setakat kehilangan seorang bakal pelanggan kan......

Thursday, June 10, 2010

Siapa lebih tahu?

Photobucket

Begitulah hakikatnya diri kita ini. Tidak semua perkara kita mengetahuinya. Di mana kedudukan kita agaknya?

Monday, June 07, 2010

Menggunakan Flash Binaan Dalaman (Built In Flash) dengan berkesan - Siri 2


Tulisan yang lepas saya telah menceritakan sedikit tentang penggunaan Built In Flash atau dalam bahasa melayunya Flash binaan dalaman. Kali ini saya akan menunjukkan kepada anda hasil yang diperolehi.

Gambar-gambar yang terpapar adalah dalam variasi yang berbeza. Saya telah menggunakan ISO 100 dan ISO 400 sementara kelajuan shutter dan bukaan cahaya (aparture) yang sama untuk setiap imej.

Apa yang ingin saya tunjukkan kepada anda adalah tentang kebolehan "built in flash" melakukan kerjanya untuk menghasilkan imej dengan tatacahaya yang baik. Di peringkat awal ini saya hanya menggunakan "Flash Exposure Compensation" atau bahasa mudahnya mengawal cahaya yang keluar dari alatan yang sama. Walau pun terdapat kekurangan dari penggunaan Lampu denyar (flash)ini, seperti tidak boleh dilaraskan untuk teknik-teknik yang lain, namun dengan hanya mengawal cahaya yang keluar dan sedikit kreativiti anda mungkin berjaya menghasilkan imej yang baik.

Selamat mencuba....

Saturday, June 05, 2010

Menggunakan Flash Binaan Dalaman (Built In Flash) dengan berkesan - Siri 1

Setiap kita yang mempunyai kamera DSLR atau pun SLR (analog) pastinya akan mendapati kamera yang kita miliki telah pun memiliki lampu denyar (Flash),maaf saya tidak mahu menyebutnya lampu denyar lagi....mungkin lebih sesuai jika sebutannya lampu pancar.. ahhhh!!!! susahnya memelayukan perkataan english ...jika ada sesiapa pakar bahasa tolonglah beri sedikit info kepada saya.

Bagaimana pun adakah kita telah menggunakannya secara maksima? Saya percaya tidak ramai yang akan menggunakannya untuk sebarang tugasan. Melainkan penggunaannya terhad kepada kerja-kerja persendirian seperti mengambil gambar di rumah sahaja.Pastinya jika menggunakan alatan tersebut untuk kerja-kerja lapangan, sebahagian kita akan merasakan betapa tidak profesionalnya kita pada masa tersebut. Kita lebih takutkan tanggapan orang terhadap keputusan yang bakal terhasil. Pengalaman saya sepanjang pembabitan terhadap hobi ini, menunjukkan bahawa orang ramai beranggapan semakin besar kamera maka semakin cantiklah gambar yang akan terhasil. Begitu juga jika diatas kamera tersebut telah terpacak speedlite berjenama maka semakin kagumlah orang yang melihatnya.

Saya pernah menyiarkan artikel berkaitan penggunaan DIY Diffuser di laman ini. Tujuannya untuk meyakinkan rakan-rakan yang baru berjinak-jinak dengan hobi mahal ini menggunakan semaksima mungkin alatan yang telah dimiliki tersebut. Bukan sesuatu yang murah untuk membeli speedlite berjenama dan mempunyai kemampuan tersendiri. Telah banyak juga di tulis di dunia internet ini tentang penggunaan Built In flash serta tips dan panduan menggunakannya. Malah banyak juga terdapat alatan sokongan lain yang telah ada di pasaran semata-mata untuk pengguna yang kurang bajet seperti saya.

Pada kali ini sekali lagi saya akan memberikan kepada semua pengunjung hasil yang saya rakamkan menggunakan hanya built In flash dengan beberapa variasi. Anda lihatlah sendiri kemampuannya. Bacalah buku panduan pengguna yang disertakan semasa membeli kamera.

Bersambung...