Wednesday, October 29, 2014

2 tahun dan aku masih di sini...

wahhhhhh.....sudah hampir 2 tahun blog ini tidak dikemaskini dan dimuatkan dengan berbagai catatan. Emmmm kenapa terjadi? Tentunya kesibukan kerja yang akan menjadi alasan.....tapi aku tidak merasakannya begitu. 

Bukannya tiada perkembangan atau cerita yang hendak dimuatnaik. Sepanjang 2 tahun ini tentunya berbagai kisah yang boleh dicoretkan. Mungkin alasan yang boleh diguna adalah MALAS... ye memang itulah jawapannya....

Baiklah...untuk memulakan cerita baru mungkin aku boleh kongsikan tentang motor yang telah aku miliki. Modenas Elegan 150 suatu nama yang kurang popular mungkin kerana jenama Malaysia atau lebih tepat lagi bentuknya tidak sporty untuk tunggangan mereka yang gemarkan kelajuan. Mungkin juga kerana pandangan pengguna yang melihat ini adalah model skuter.

Diperoleh dari seseorang setelah melihat iklan diinternet dan berhubung melalui telefon, melihat buat pertama kalinya di Taman Warisan Pertanian dan selang sehari kemudian terus aku nyatakan persetujuan untuk membelinya. Dengan harga yang agak tinggi (pada masa itu) tetapi sangat berpuas hati kerana motor tersebut memang seperti baru dan aku percaya ia hanya melakukan perjalanan keliling kampung sahaja dengan melihat meternya yang tidak sampai 9000 km jarak perjalanannya.

Setelah menggunakannya selama 2 tahun ini, tanggapan awal aku berubah sama sekali terhadap skuter ini. Malahan sekiranya suatu hari nanti terpaksa beralih ke motor lain, skuter akan tetap menjadi pilihan.