Monday, August 31, 2009

Ambil langkah keselamatan


Bercuti di luar musim sebegini memang menjadi pilihan aku dan isteri. Kenapa aku katakan "di luar musim"? Ya, betul.. sekarang ini cuti pertengahan penggal persekolahan. Ditambah pula tarikh kemerdakaan Malaysia pada 31 Ogos 2009 yang jatuh pada hari Isnin. Sepatutnya tempat-tempat tumpuan pelancungan akan menjadi tumpuan. Tetapi musim cuti sekolah kali ini serentak dengan kedatangan bulan Ramadhan. Kewajipan berpuasa yang dituntut oleh islam kepada penganutnya. Jadi bagi kebanyakan masyarakat melayu muslim, untuk seketika ini mereka menangguhkan dahulu program percutian. Aku rasa kedatangan Hari Raya Aidilfitri nanti semua tempat-tempat tumpuan pelancungan akan kembali sesak seperti kebiasaannya.


Selain faktor bulan Ramadhan, satu lagi penyebab yang aku rasakan menghalang percutian kali ini adalah disebabkan penularan wabak selsema babi atau sekarang ini di panggil Influenza A H1N1. Ini juga faktor yang menyebabkan kunjungan orang ramai agak berkurangan. Nasihat dari pihak berkuasa kesihatan untuk tidak mengunjungi tempat-tempat yang ramai orang sebagai salah satu langkah pencegahan, aku rasa
kan diikuti juga oleh orang ramai. Walau pun ada yang berdegil macam kami sekeluarga... hahahaha...Bagaimana degil sekali pun kami ini, langkah keselamatan tetap kami turuti..iaitu dengan memakai topeng muka untuk menutup mulut dan hidung. Doa kami agar terhindar dari wabak yang sedang menular itu. Amin....


Kami berhasrat untuk balik selepas waktu berbuka. Kerana ingin merasa masakan asam pedas. Aku dah agak pening restoren mana yang akan menjadi pilihan untuk mencari menu tersebut. Secara tidak sengaja aku meletakkan kereta berhampiran dengan sebuah hotel murah yang pernah kami menginap dahulu. Di depannya memang terdapat restoren melayu yang menjual hidangan tersebut. Syukur Alhamdulillah... terjumpa restoren tersebut, kerana kami pernah makan di situ dahulu dan rasa masakannya tidak mengecewakan.


Disebabkan waktu berbuka masih ada 2 jam lagi, kami sepakat untuk menempah dahulu meja dan makanan lantas meneruskan aksi berlegar-legar di Dataran Pahlawan. Melalui taman yang terdapat di bahagian tepi Dataran Pahlawan Mega Mall, kami terpandang pokok besar dan bangku yang pernah kami bergambar dahulu. Waktu itu anak aku yang perempuan belum pun 1 tahun umurnya. Kini setelah dia berumur 11 tahun pokok dan bangku masih tetap di situ. Ketika itu aku menggunakan kamera analog EOS500N (kamera pertama). Gambarnya masih tersimpan dalam album dan tidak dapat ditunjukkan disini kerana tiada scanner.

Selesai berbuka, kami terus bergerak untuk balik ke Klang. Dalam perjalanan singgah untuk solat jamak maghrib dan Isyak di Masjid Al-Azim, iaitu masjid Negeri Melaka. Selalu juga kami berhenti di sini kerana senang untuk dikunjungi selain kebersihan yang terjaga dengan baik.

Sunday, August 30, 2009

Banda Hilir

Melaka memang mengujakan. Sesampainya kami di sini terus check-in di Hotel Seri Costa. Melepaskan lelah sebentar dan selesai melakukan penyucian jiwa, sekitar jam 4 ptg bergerak turun dan menuju ke Dataran Pahlawan. Meronda-ronda sekitaran dan mendapati gerai-gerai yang menjual barangan kraf dan tradisional sebahagiannya telah menutup kedai kerana mahu pulang awal untuk berbuka di rumah bersama keluarga, selanjutnya kami ke Mahkota Parade untuk berbuka puasa.

Juadah berbuka hari ini




Dulu masa benda ni ditempatkan di Taman Tasik Titiwangsa, KL, memang teringin hendak menaiki roda ini dan merasa putarannnya, tetapi sehinggalah ia di bawa ke Melaka baru lah kami berkesempatan. Bagi kami sekeluarga pengalaman menaiki "Cable car" di Langkawi lebih 'adventures'

Saturday, August 29, 2009

8 Ramadhan

Salam.... hari ini aku akan ke Port Dickson untuk menghantar album gambar majlis pertunangan sorang pelangan di sana. Majlis yang aku rakamkan pada awal bulan Ogos. Selepas itu akan terus ke Melaka untuk bercuti dan berpuasa bersama keluarga di sana pula. Boleh dikatakan setiap tahun kami akan melakukan perkara yang sama iaitu berpuasa di Melaka. Walau pun Melaka bukannya kampung kelahiran kami sekeluarga, tetapi kami menjadikan destinasi percutian yang wajib dikunjungi setiap tahun. Malah banyak koleksi gambar percutian kami samada yang telah di cetak atau belum memaparkan Melaka sebagai lokasi percutian.

The Historical City - itulah jolokan yang diberi pada negeri ini. Begitu jugalah nostalgiknya negeri ini pada kami. Melaka lah tempat aku mula-mula membawa isteri yang aku kahwini sekarang ini untuk dating....hahaha temujanji kami yang pertama aku dah bawa dia ke sana...Malah pada waktu itu berbekalkan keberanian setelah bertanya rakan-rakan yang tahu selok belok jalan ke Melaka. Aku yang ketika itu tidak memiliki kereta sanggup menyewa kenderaan tersebut dan berbekalkan keberanian dan dengan bantuan tanda nama jalan sahaja kami berlibur di sana. Di sanalah juga tempat aku melamar dia untuk menjadi permaisuri dalam hidup aku kini...Terlalu banyak kenangan di Melaka. Malahan anak-anak juga melonjak riang sekiranya dapat tahu akan ke Melaka. Mungkin mereka merasai aura tersebut.

Terlalu banyak lokasi percutian kami di Semenanjung Malaysia ini. Tetapi Melaka mempunyai auranya sendiri. Tanpa kehadiran Eye on Malaysia pun Melaka mampu menarik kami ke sana.

Ohhhh isteri aku dah bersiap...anak-anak juga telah kelihatan siap berpakaian ...aku juga yang masih berkain sarung pelikat sejak dari subuh tadi...heheheh aku perlu segera bersiap. Kalau rajin nanti aku akan letakkan gambar di galeri.

Thursday, August 27, 2009

Fotografi Perkahwinan Melayu |
Tempahan untuk tahun 2010 telah dibuka sekarang.

5 Ramadhan

Blog ini berubah wajah lagi. Entah buat kali yang ke berapa. Ada saja yang membuatkan aku sentiasa tidak berpuas hati. Laman web teejayphoto juga sedang mengalami masalah sekarang. Capaian dari pengunjung agak tinggi kebelakangan ini. Tapak hosting yang aku gunakan tidak mampu menanggung capaian yang tinggi dari pengunjung disebabkan aku menggunakan kemudahan yang percuma. Tentunya ada kekangan yang terpaksa dihadapi. Atas bantuan rakan pejabat, untuk sementara waktu ini aku tutup dahulu laman tersebut untuk kerja-kerja mengalihkan ke tapak hosting yang baru.

Saturday, August 22, 2009

1 Ramadhan

Hari ini permulaan Ramadhan 1430H. Bangun sahur awal pagi tadi kami sekeluarga nyaris sahaja terlepas waktu bersahur. Kerana tidur lewat malam semalam jam yang aku tetapkan utnuk berbunyi sekitar jam 4 pagi juga disedari. Hanya tersedar setelah isteri aku mendengar ada orang menumbuk cili menggunakan lesung batu. Untuk semua pengunjung diucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Wednesday, August 19, 2009



Aduhhh bila lah jalan raya ni nak siap? Selama 2 tahun lebih aku dah berulang alik di jalan ini dan ianya masih belum siap lagi...Ramadan datang lagi dan kesesakan akan bertambah kronik kerana kebanyakan pekerja akan pulang awal ke rumah sebagai persiapan berbuka bersama keluarga.

Sunday, August 16, 2009

Hutan Simpan Bukit Nanas






Antara keunikan yang ada

Berkeluasan lebih kurang 9.3 hektar dan terletak di antara Jalan Ampang dan Jalan Raja Chulan. Telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal sejak 1906. Kini diiktiraf sebagai Hutan Simpan Kekal yang tertua di Malaysia.

Kunjungan pertama kali bersama Fazlin ke hutan ini disambut mesra oleh nyamuk yang cukup banyak. Walau pun berbekalkan "Mosquito Repellant" dari jenama terkenal, masih tidak mampu untuk menghalang gigitan serangga ini. Kami tewas dan hanya berjaya menghabiskan 1 sahaja "trail" daripada 3 yang ada.

Friday, August 07, 2009

Letih

Itu lah yang aku rasa kebelakangan ini. Tugas sebagai suri rumah terpaksa aku pikul ketika ini. Kebiasaaanya urusan dapur akan dilakukan oleh isteri dan aku sekadar membantu dengan kerja-kerja yang lain....tetapi kerana keadaan kesihatannya yang belum pulih sepenuhnya, maka aku mengambil alih tugas-tugas tersebut.

Memasak, mencuci pinggan mangkuk, mengemas rumah, menyiapkan sarapan pagi anak sebelum mereka ke sekolah, memasukkan pakaian kotor ke mesin basuh dan menyidai dll.. hahahaha bukannya tidak biasa dengan semua kerja tersebut tetapi keseluruhan tugasan isteri aku yang buat sekarang ini... bukan merungut, aku ikhlas membuat kesemua itu.. lebih-lebih lagi kalau anak-anak makan dengan berselera apa yang aku masak untuk mereka dan yang lebih istimewa.. Iken puji apa yang aku masak... hahaha tak sangka cara masak setail campak aku tu boleh membuka selera mereka semua.....

Sunday, August 02, 2009

Semakin pulih







Sekitar jam 7.30 pagi tadi isteri aku dah telefon ke rumah dan memberitahu perkembangan dirinya yang semakin pulih. Lantas aku membangunkan anak-anak untuk segera mandi dan bersiap untuk ke hospital. Pagi ini aku menyiapkan sarapan ringkas untuk mereka mengalas perut. Kerenah anak-anak yang semakin membesar, cepat sahaja mengadu perut mereka sudah lapar...

Sekitar jam 10.00 pagi kami sampai ke wad dan melihat isteri aku sedang berdiri, katanya berjalan-jalan sekitar katilnya sahaja kerana bosan asyik terbaring....sebentar tadi Dr Delaila datang melawat dan melakukan rutin terhadap pesakitnya. Dia kelihatan gembira dengan proses pemulihan isteriku. Katanya mungin esok sudah boleh pulang ke rumah.

Saturday, August 01, 2009

Tenang

Jika dibandingkan dengan semalam, keadaan isteri aku mula menampakkan perubahan. Walau pun dia mengadu sakit di kawasan pembedahan, namun Dr telah membenarkannya untuk mula memakan makanan yang lembut. Sesampainya aku dan anak-anak ke hospital pagi tadi, terdapat gambar dan salinan DVD proses pembedahan yang dilakukan semalam. Fuhhhh!!!! agak mengerikan melihat bahagian anggota dalaman tubuh manusia. Aku terfikir kalau lah kulit manusia ini jenis yang boleh dilihat anggota dalamannya, akan adakah manusia yang ditimpa sakit?