Sunday, April 11, 2010

Buat sendiri "diffuser untuk "pop-up flash"

Ramai kawan-kawan yang baru berjinak-jinak dengan dunia fotografi memiliki DSLR. Setelah bekerja siang malam dan mengumpul duit secukupnya mereka terus sahaja membeli satu kamera DSLR mengikut jenama idaman dan ada sebahagiannya kerana di pengaruhi rakan-rakan yang lain untuk membeli jenama seperti mereka.

Diperingkat awal memang tiada masalah yang timbul. Semangat untuk merakam sebarang benda dan perkara yang ada di depan mata melupakan seketika sebarang kekurangan. Semakin lama timbul perasaan bosan kerana imej yang terakam tidak memuaskan hati. Sebahagiannya mula sedar kemampuan "pop-up flash". Mulalah terfikir untuk memiliki "flash-gun" tetapi harganya pula mencecah RM1000++ Bagaimana pun masih ada yang berharga kurang dari RM1000 samada ianya bukan dari jenama terkenal atau pun jenama terkenal yang kemampuannya agak berkurangan.

Aku kerap memberitahu mereka supaya gunakan dahulu "pop-up flash" dengan melakukan sedikit pengubahsuaian cahaya (flash exposure compensation). Semua kamera berupaya melakukannya. Bagaimana pun sekiranya masih kurang berpuas hati anda masih boleh mengawal cahaya yang akan keluar dengan menggunakan "diffuser".

Apa itu "diffuser"?
Ia adalah aksesori tambahan untuk flash. Terdapat banyak aksesori ini dipasaran samada ianya berjenama atau pun buatan negara Cina yang tentunya murah. Anda boleh gunakan enjin carian untuk melihat aksesori ini, samada untuk "flash gun" atau pun "pop up flash". Aku lebih senang membuat sendiri aksesori ini untuk "pop-up flash".

Kami sekeluarga gemar berjalan-jalan merata tempat. Boot kereta penuh dengan beg pakaian kerana ruang yang terhad bagi kereta Perodua Viva. Sedangkan beg kamera aku juga agak besar. Jadinya untuk menjimatkan ruang, aku akan membawa beg kamera kecil yang hanya boleh memuatkan sebuah kamera dan lens sahaja. Selain saiznya yang kecil, ianya juga agak ringan dan memudahkan pergerakan di sesuatu tempat yang bakal kami singgahi. Oleh kerana itu aku tidak akan membawa sekali "flash gun". Bagi aku cukup dengan menggunakan "pop-up flash" dan satu "diffuser" buatan sendiri.

Bermodalkan RM3.50 untuk membeli "binding tape" berwarna silver, beg "goodies" yang dapat dari rumah pengantin dan gunting yang memang tersedia di rumah, maka jadilah "diffuser" buatan sendiri yang ringan dan mudah di bawa samada dalam poket baju atau selitkan sahaja di beg kamera anda.

Oleh itu kawan-kawan....apa lagi!!!

Alatan yang diguna....
Photobucket

....hasilnya..
Photobucket

Tanpa diffuser
Photobucket

Selepas menggunakan diffuser
Photobucket

Imej kedua yang tidak menggunakan diffuser
Photobucket

Dengan DIY Diffuser
Photobucket

Tanpa DIY Diffuser - jelas bayang di belakang dan cara menggunakan diffuser
Photobucket

Bayang hilang selepas menggunakan DIY diffuser
Photobucket