Wednesday, November 19, 2014

Tayar

Selepas enjinnya di belai, kini masa untuk membelai bahagian yang juga amat penting. Tayar yang sudah lama tidak berganti...Musim hujan ketika ini membuatkan aku bimbang ketika mengambil selekoh...takut tergelincir. RM345.00 melayang untuk kedua-dua tayar depan dan belakang. Tak kesah lah, yang penting keselamatan diri dan pembonceng yang dibawa.



Sunday, November 16, 2014

PEMERIKSAAN BERKALA

Pemeriksaan CVT
Bil yang harus dibayar
Semalam 15 Nov 2014, masa untuk melakukan pemeriksaan berkala motor skuter Modenas Elegan 150 aku. Mujur bengkel hanya di depan rumah sahaja. Bengkel motor ZMZ atau lebih dikenali sebagai Zul Pachi tempat yang tepat untuk dikunjungi oleh penunggang skuter lebih-lebih lagi pemilik SYM atau modenas. Ini kerana beliau adalah bekas kakitangan Modenas dan mahir dengan teknologi yang digunakan oleh pengeluar motosikal tersebut. Apatah lagi beliau adalah bekas pelumba Cub Prix yang seangkatan dengan Shahrul Yuzy bekas pelumba motor GP negara. 

Roller Dr Pulley
Kenapa dipanggil Zul pachi? ini kerana semasa berlumba dahulu beliau adalah pelumba yang bersama dalam satu pasukan dengan Shahrul Yuzy dan mewakili Pachi Motor Racing pada masa itu. Dengan harga yang berpatutan rasanya bengkel Zul adalah yang termurah. Dahulu aku sering mengunjungi MMR di Seksyen 16 Shah Alam. Satu lagi bengkel yang terkenal dikalangan penunggang motorsikal. Bagaimana pun kerana jarak yang agak jauh dan masa yang terhad kerana urusan kerja maka bengkel Zul adalah pilihan tepat. Sementelah lagi hanya terletak betul-betul dihadapan rumah. Jadi bila-bila masa sahaja aku boleh singgah disitu. Kerap kali juga aku hanya tinggalkan sahaja motor di bengkel beliau dan datang semula bila dah siap.

Menariknya di sini kerana kejujuran dia bekerja. Tidak seperti bengkel-bengkel lain yang mungkin akan mengenakan harga yang tinggi malah akan sesuka hati menukar alat gantian walau pun ianya masih dalam keadaan baik.

Tunggu Belting baru

Thursday, November 13, 2014

Kehebatan Modenas Elegan 150


Tempoh seminggu ini berulang-alik 2 kali ke Putrajaya atas urusan kerja. Dengan kelajuan antara 110 - 120 km/j Modenas Elegan 150 ini tidak mengecewakan. Aku rasakan aku lebih laju menunggang motor jika dibandingkan dengan memandu kereta. Kehebatan Elegan ini adalah ianya agak berat dan membuatkan tunggangan dengan kelajuan sedemikian menjadi cukup stabil. Keupayaannya sewaktu memotong kenderaan besar seperti lori dan bas cukup meyakinkan.

Teringat aku semasa melakukan riding ke Tanjung Malim, Perak beberapa minggu lepas, bersama Hazim yang menjadi pembonceng. Tunggangan konsisten dengan kelajuan sedemikian membuatkan perjalanan menjadi lancar. Walau pun ada pembonceng kebiasaannya berat akan bertambah dan membuatkan motor agak susah untuk dipecut laju, tetapi motor ini tidak mengecewakan untuk kelasnya.
Dihadapan UPSI

Hazim

Wednesday, October 29, 2014

2 tahun dan aku masih di sini...

wahhhhhh.....sudah hampir 2 tahun blog ini tidak dikemaskini dan dimuatkan dengan berbagai catatan. Emmmm kenapa terjadi? Tentunya kesibukan kerja yang akan menjadi alasan.....tapi aku tidak merasakannya begitu. 

Bukannya tiada perkembangan atau cerita yang hendak dimuatnaik. Sepanjang 2 tahun ini tentunya berbagai kisah yang boleh dicoretkan. Mungkin alasan yang boleh diguna adalah MALAS... ye memang itulah jawapannya....

Baiklah...untuk memulakan cerita baru mungkin aku boleh kongsikan tentang motor yang telah aku miliki. Modenas Elegan 150 suatu nama yang kurang popular mungkin kerana jenama Malaysia atau lebih tepat lagi bentuknya tidak sporty untuk tunggangan mereka yang gemarkan kelajuan. Mungkin juga kerana pandangan pengguna yang melihat ini adalah model skuter.

Diperoleh dari seseorang setelah melihat iklan diinternet dan berhubung melalui telefon, melihat buat pertama kalinya di Taman Warisan Pertanian dan selang sehari kemudian terus aku nyatakan persetujuan untuk membelinya. Dengan harga yang agak tinggi (pada masa itu) tetapi sangat berpuas hati kerana motor tersebut memang seperti baru dan aku percaya ia hanya melakukan perjalanan keliling kampung sahaja dengan melihat meternya yang tidak sampai 9000 km jarak perjalanannya.

Setelah menggunakannya selama 2 tahun ini, tanggapan awal aku berubah sama sekali terhadap skuter ini. Malahan sekiranya suatu hari nanti terpaksa beralih ke motor lain, skuter akan tetap menjadi pilihan.