Tuesday, April 28, 2009

Bermain dengan lens

Focal length

Posting kali ini aku paparkan variasi gambar yang di rakam menggunakan lens Tamron 17-35mm. Variasi yang dimaksudkan dengan menggunakan focal yang berlainan bertujuan untuk melihat kesan Depth of Field (DOF) bagi setiap imej yang terakam










Saturday, April 04, 2009

Produk

Dah lama berangan untuk buat "product shoot" tapi tak berpeluang sebab terlampau sibuk dengan rutin harian. Dengan masa yang agak terhad aku gagahkan juga kali ini.
Hasilnya seperti yang dilihat. Tidak berapa baik tetapi aku akan memperbaikinya untuk masa akan datang jika berkesempatan.

Berbekalkan EOS40D + speedlite 580EX, Canon Lens 50mm f1.8, flash cap ayam yang aku beli lama dulu dengan harga RM60.00 sahaja dan slave unit selain pertolongan lampu flourosent di meja makan rumah. Selain itu aku gunakan mounting board hitam sebagai reflector

ss 1/125, f4.5
ISO 100
Canon lens 50mm f1.8
Reflector: mounting board (black)

ss 1/80, f8
ISO 100
Canon lens 50mm f1.8
Reflector: mounting board (white)

ss 1/80, f8
ISO 100
Canon lens 50mm f1.8
Reflector: mounting board (black)


Friday, April 03, 2009





Ada antara kawan-kawan yang marah sebab aku tidak mengajak mereka untuk mengambil gambar. Maafkan aku kawan, pada masa tersebut aku sendiri tidak tahu ke mana patut di tuju. Akhirny amengambil keputusan berhenti di tasik yang berda di kaki bukit Pejabat SUK, Shah Alam.

Thursday, April 02, 2009

Tarikh 1 April 2009, Jabatan adakan program peningkatan diri utk semua staf. penceramah undangan adalah Prof Madya Zulkifli Abd Kadir, dari Fakulti Sains Sukan Dan rekreasi, UiTM

Aku tak mahu ceritakan apa isi ceramahnya walau pun sebenarnya satu ceramah yang padat berisi ilmu. Cuma nak berkongsi gambar yang aku rakamkan. Gambar yang tertera dirakam mengikut apa yang ternyata di situ dan aku tak gunakan flash.