Saturday, July 16, 2011

Sukan Tahunan SKBA

Sukan tahunan Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik yang memasuki penganjuran kali ke-14 telah diadakan dengan jayanya hari ini. Aku datang sebagai memberi galakan kepada anak yang menyertai kontigen perbarisan mewakili rumah sukan. Hahaha.... setakat ini itulah kemampuan Hazim....Belum masanya lagi untuk menonjol dalam acara suka di peringkat sekolah. Walau pun hampir terpilih mewakili pasukan Sepaktakraw sekolah, tetapi di saat akhir namanya digugurkan kerana potensi yang tidak konsisten. Sekarang ini aku sedang mengusahakan agar dia boleh terpilih pada pemilihan tahun depan.



Gambar lain di SINI

Wednesday, July 13, 2011

Gunung Brinchang

Photobucket
Canon EOS40D, ISO 400, f6.3, SS 1/160,
Berada di puncak Gunung Brinchang sesuatu yang mendamaikan. Angin yang bertiup menambahkan kedinginan tanah tinggi. Gambar di atas dirakam 2 tahun lepas ketika bercuti di Cameron Highlands.

Tuesday, July 12, 2011

harga barang mahal

Dalam perjalanan balik dari Petaling Jaya pagi tadi, seorang kawan kata harga barang keperluan harian agak mahal sekarang.!!!! emmmm memang itulah yang kita semua rasa.

Beberapa minggu lagi kita akan berpuasa Ramadhan. Tentunya harga barang makanan termasuk ayam akan naik lagi. Aku cadangkan kita boikot barang yang naik harga. FOMCA dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pun pernah anjurkan agar kita boikot samada peniaga atau barang yang naik harga. Soalnya berani ke kita?

Photobucket

Friday, July 08, 2011

Puncak Broga

Sudah lama aku tidak mengambil gambar...Ini sebahagian gambar lama yang ada dalam simpanan.

Photobucket

Photobucket

Jalan ditutup


Beberapa Jalan Utama Ditutup Esok ( 9 Julai 2011 )
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ( SPAD )telah mengambil langkah untuk memastikan perjalanan Bas-Bas Ekspress tidak terganggu seperti berikut:-
i) Operasi bas di Terminal Puduraya (kecuali laluan KL- Seremban) & Terminal Pekeliling, dipindahkan sementara ke Hentian Duta;
ii) Operasi bas Terminal Hentian Putra & laluan KL - Seremban yang beroperasi di Terminal Puduraya, dipindahkan sementara ke Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tun Razak.

Bagi perkhidmatan bas henti-henti yang memasuki pusat bandar Kuala Lumpur , Hentian terakhir adalah seperti berikut:
i) Stesen LRT / MonorelTitiwangsa -untuk perjalanan dari arah Jalan Semarak, Jalan Setapak/Genting Klang, Jalan Ipoh, Jalan Kucing dan Jalan Duta;
ii) Stesen Dato Keramat - untuk perjalanan dari arah Jalan Ampang;<
iii) Stesen LRT Maluri KL Sentral - untuk perjalanan dari arah Jalan Kg. Pandan, Jalan Cheras;
iv) Stesen Monorel KL Sentral - untuk perjalanan dari arah Lebuhraya Persekutuan masuk melalui Jalan Bangsar - Jalan Travers - Jalan Tun Sambanthan;
v) Stesen Monorel KL Sentral - Untuk perjalanan dari arah Jalan Damansara .

Jalan-jalan utama seperti dinyatakan dibawah akan tutup bermula jam 12:00 a.m ( 9 Julai 2011 ) , dan dibuka semula jam 10:00 p.m ( 9 Julai 2011 )

- Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan BukitPetaling, Jalan Belaamy dan kawasan sekitar Istana Negara

- Jalan Sultan Hishammudin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara

- Jalan-jalan utama sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek , City Hall, Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu,

-Jalan Kuching , Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan kawasan-kawasan yang berdekatan.

Diharap anda merancang perjalanan hujung minggu anda dengan selamat. Ikut segala arahan yang telah diberi agar tidak menganggu perjalanan anda.

berita ini diambil dari laman www.hotfm.com.my