Wednesday, December 29, 2010

TAHNIAH!!!

Tahniah Malaysia! Sudah terlalu lama kita tidak mengecap kemenangan dalam pertandingan besar. Kali terakhir adalah semasa memenangi pingat Emas Sukan SEA di Korat, Vietnam. Kelihatan Malaysia bakal menjadi kuasa baru bolasepak diperingkat Asia Tenggara. Diharap semua pemain yang ada tidak berubah sikap dah persepsi mereka.

Thursday, December 02, 2010

Bila aku nak cuti?

kesempatan cuti sekolah ketika ini, aku agak relax dari hari-hari kebiasaan. Biasanya waktu tengahari aku akan keluar untuk urusan mengambil anak-anak di sekolah. Kawan-kawan ada yang sudah memulakan cuti hujung tahun.... tapi aku masih tidak berkesempatan lagi. Berada di tempat sekarang ini agak membataskan pergerakan kerana deretan tugas yang sedia menanti. Aku rindukan suasana pantai timur dan bunyi deruan ombak dimusim tengkujh ini. Tekak ini sudah mula terasa keenakan, kelazatan dan kesedapan sata, nasi kukus ayam berempah, mee celup dan banyak lagi hidangan enak. Malah telah ada rakan yang menunjukkan gambar nasi dagang bungkus daun pisang dalam facebook. Wah...semua tu meracun minda
Posted by Picasa

Tuesday, November 30, 2010

Hujung minggu lepas, kami sekeluarga ke Sungai Besar, untuk mencari baju-baju sekolah anak bagi sesi tahun depan. Perjalanan pulang singgah untuk makan malam di Restoran Satay Hut, Tanjung Karang. Selama ini hanya melintasi saja kedai tersebut walau pun kedudukannya betul-betul berhampiran dengan jalan utama. Bila nampak satay, niat untuk makan yang lain-lain terpadam. Terus buat pesanan satay dan ABC sahaja sambil diselangi air kosong (jaga badan ke jaga poket?)

Sunday, October 17, 2010

Kamera untuk dijual

Untuk dijual Canon EOS10D (body only)include CD, Original battery grip BG-ED3, Canon speedlite 200E.
Free: bag (used), 1gb CF, 2 x battery (not ori)BP511A + charger




Hubungi saya jika berminat....

Sunday, September 19, 2010

Rumah Terbuka sempena Syawal

Syawal telah menjejak 10 hari dan kesempatan meraikan bersama keluarga adalah sesuatu yang menyeronokkan. Walau pun letih melayan tetamu yang berkunjung dan menyediakan juadah, tetapi peluang dapat berkumpul seluruh ahli keluarga secara serentak memang dinantikan sesiapa juga.



















Monday, September 06, 2010

Bila bekalan letrik terputus

Itu lah terjadi malam semalam. 2 kali bekalan letrik ke rumah aku terputus. Mujur ada stok lilin aroma yang aku beli dulu. boleh la buat penerang semasa kegelapan.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Sunday, September 05, 2010

Menjelang Hari Raya

Pemandangan salah satu kompleks membeli belah di Shah Alam.


Sunday, August 29, 2010

Kota Bharu - 3rd Day

Pagi ini membuat persiapan awal untuk balik. Tapi sebelum itu ada beberapa bekalan yang perlu dibawa pulang sebagai ole-ole. Perjalanan jauh yang harus dilakukan dalam keadaan berpuasa pula. Tapi sebenarnya tidak mencabar pun kerana lemak-lemak yang terkumpul dalam badan membantu memberi tenaga. Seperti semalam sungguh pun kami tidak sempat bersahur kerana terlewat bangun (bila tersedar jam telah menunjukkan 6.48 pagi, tapi masih bertenaga kerana lemak di badan banyak membantu.

Saturday, August 28, 2010

Kota Bharu - 2nd Day



Baru masuk ke bilik hotel setelah hampir setengah hari di Pengkalan Kubor. Cuaca masih lagi terik. Sungguh pun begitu kawasan bebas cukai Pengkalan Kubor tidak seluas mana jadi kurang la sikit rasa keletihan. Cuma rasa letih sebab berada terlalu lama di dalam kereta akibat kesesakan jalanraya. Hampir terlupa bahawa Sabtu
adalah hari bekerja di Kelantan. Sebelum naik tadi dah masukkan syiling dalam tabung di tepi jalan sebagai bayaran parking. 1 jam lagi kena tambah duit sebab tadi dah kehabisan syiling.

Walau pun dalam bulan puasa, Pengkalan Kubor tetap ada pengunjungnya. Cuma tidak semeriah hari-hari lain. Sebahagian besar tentunya orang-orang Kelanatan sendiri yang membuat persiapan untuk menyambut bulan Syawal nanti.

Kota Bharu, Kelantan

Bandar yang mendapat gelaran Bandaraya Islam, tetapi kotor dan kepelbagaian aroma yang menusuk hidung...Cuaca sekarang panas dan bacaaan suhu 35 degree celcius (mengikut bacaan yang aku nampak di persimpangan Jalan Kuala Kerai)

Sampai sekitar jam 9.40 pagi 28 Ogos 2010 dan terus daftar masuk ke hotel (bajet hotel je....)Hotel-hotel yang mempunyai bintang agak jauh dari kawasan tumpuan seperti Pasar Siti Khadijah. Jadi kebanyakan hotel bajet memang mudah dicari sekitar kawasan tumpuan ini. Bagaimana pun kita perlu berhati-hati dengan sistem bayaran parking di sini kerana ia adalah sumber utama bagi Majlis Bandaraya Kota Bharu mendapatkan dana. Masih lagi menggunakan sistem bermeter dan adalah kawasan perbandaran yang memiliki bayaran letak kereta termahal di Malaysia (akan update nanti dengan tunjukkan bukti bergambar)Sekiranya terlewat sedikit dan tidak bernasib baik surat saman akan berada di hadapan cermin kereta (hehehe... pengalaman lalu mengajar..)

Tidak dinafikan keramahan dan keayuan cek mek molek di sini memang boleh menarik hati sesiapa sahaja. Bagi aku tempat ini adalah syurga wanita yang suka membeli belah. Sungguh pun ada juga barangan lelaki yang dijual tetapi agak terhad kerana kebanyakan adalah produk buatan jiran sebelah yang ramai orang ragui akan kualitinya.

Sunday, August 22, 2010

Bunga Api - Siri 2

Kelmarin berbuka puasa di rumah mertua, kesempatan yang ada tidak dilepaskan anak-anak yang puas bermain bunga api di laman.





Friday, August 20, 2010

Bunga Api

Lazimnya bila musim perayaan akan terdapat banyak bunga api yang dijual. Kesempatan yang ada ini, aku minta anak-anak mecorakkan bunga api mengikut kata hati mereka sahaja.
Disebabkan ruang yang terhad, tidak banyak yang boleh dilakukan. Tunggu kesempatan lain.



Friday, August 06, 2010

Perabut terpakai

Tidak lama selepas aku publish iklan berkaitan, beberapa email dan panggilan telah diterima dan kini ia sudah terjual. Terima kasih.

Photobucket

Photobucket

Monday, August 02, 2010

Se Malam Di Putrajaya

Dah letih bekerja....dan dah lama juga tak meninjau-ninjau Putrajaya di waktu malam. Kedatangan kali ini bertemankan Hazim (anak jantan aku)sambil aku bekalkan dia Canon EOS10D yang masih berfungsi dengan baik...tak banyak yang aku rakamkan malam tersebut...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Sunday, July 11, 2010