Tuesday, June 28, 2011

Sri Ros 2, Bukit Sentosa, Rawang

20 tahun menanti kan sinar cahaya di sini.  Selama itulah dipendam perasaaan marah, kecewa, bosan dan berbagai lagi yang tidak dapat dinyatakan. Telah banyak kata-kata dorongan dan nasihat yang diberikan. Ketika itu, mendengar sahaja nama lokasi ini akan menyakitkan hati, malahan jika boleh jangan ada sesiapa yang bertanyakan khabar tentang perumahan ini.
Benarlah kata orang, akan ada cahaya terang di hujung terowong. Kini cahaya itu semakin menghampiri. Rumah yang pernah terbiar tanpa apa-apa tindakan sewajarnya, semakin berubah wajah seiring sengan kesabaran yang ditunjukkan selama ini. Semakin tidak sabar rasanya untuk menyiapkan rumah ini. Mujur juga lokasinya jauh dari tempat tinggal sekarang. Jika tidak sudah barang tentu aku akan ke sana untuk mengerjakan apa-apa yang patut yang masih boleh dikerjakan sendiri.