Tuesday, March 22, 2011

4 tahun yang menarik

Memulakan tulisan pertama pada bulan Oktober 2006, dan sejak itu berterusan menemui anda sehingga kini. Walau pun kadang kala tidak dikemaskini tetapi sesekali ia tetap dikunjungi ramai peluncur internet yang mungkin menemuinya secara tidak sengaja atau pun dari kalangan rakan-rakan.

Telah banyak tulisan yang saya paparkan di sini. Ada yang berbentuk sindiran, keluhan malah promosi fotografi dan sebahagian gambar-gambar yang pernah saya rakamkan melalui lensa kamera. Blog ini pernah saya pencilkan dulu. Kononnya kerana ingin menumpukan perhatian kepada laman sesawang yang lain. Tetapi menyedari lebih mudah dan senang mengendalikan blog ini maka saya mengambil keputusan untuk terus menggunakan blog in sebagai medium yang berguna samada untuk perniagaan atau peribadi.

Setelah bertukar tempat kerja dan menjalankan rutin yang berlainan dengan jabatan lama, kekangan masa dan tenaga membataskan diri untuk sentiasa memberi perhatian lebih kepada laman sesawang lain. Terlalu banyak yang perlu dilakukan semata-mta untuk mengemaskini laman peribadi. Jadi adalah lebih mudah saya menjadikan blog ini sebagai blog rasmi teejay photo. Menggunakan URL http://www.merakamsejarah.blogspot.com/ dan kini ditukar ke http://www.teejayphoto.blogspot.com/ masih tetap menggunakan slogan yag sama iaitu "merakam sejarah".

Facebook? ya...saya juga turut memiliki akaun facebook. Malah ramai yang menggunakan laman sosial tersebut samada untuk berhubungan dengan rakan-rakan atau meluaskan empayar perniagaan. Memang tidak dinafikan kebaikannya. Tapi saya belum mahu menggunakannya untuk tujuan perniagaan. Mungkin bila semua orang sudah menemui medium lain sebagai pemangkin. Pernah dulu ramai yang menggunakan fotopages, myspace dan friendster sebagai medan promosi dan hubungan dengan rakan-rakan. Dan kini facebook dan twitter menjadi tumpuan. Mungkin esok akan ada lagi medium baru yang melonjak naik dan mencabar apa yang ada. Carian di internet telah menunjukkan satu laman sosial yang lebih menarik akan menjadi kegilaan pengguna. Sama-sama kita nantikan kemunculannya dan bersiap sedia untuk melakukan penghijrahan besar-besaran.

Bagaimana pun blog ini akan tetap menemui anda. Adios.....

Tuesday, March 08, 2011

Pakej Fotografi 2011

MAJLIS PERTUNANGAN

PAKEJ A (RM350.00)

- 1 orang jurufoto
- < 200 rakaman majlis
- CD/DVD rakaman keseluruhan majlis

PAKEJ B (RM650.00)

- 1 orang Jurufoto
- < 200 rakaman majlis
- 100 pcs = cetakan 4R
- 3 pcs = 8R
- CD/DVD salinan asal imej

MAJLIS PERKAHWINAN

PAKEJ A (RM800.00)

- Majlis Nikah, bersanding /bertandang (1 hari)
- 1 orang Jurufoto
- < 300 rakaman majlis
- 120 pcs = cetakan 4R
- 4 pcs = 8R
- Album Sticky 13” x 13”
- Kulit album khas depan & belakang
- CD/DVD salinan asal imej

PAKEJ B (RM950.00)

- Majlis nikah, bersanding/bertandang (1 hari)
- 1 orang Jurufoto
- < 300 rakaman majlis
- Custom album 8” x 12”
- 1 pcs = 10R + bingkai gambar
- CD/DVD rakaman asal imej

PAKEJ C (RM1500.00)

- Majlis nikah, berinai dan bersanding
- 1 orang Jurufoto
- < 300 rakaman majis
- Custom album 8” x 12”
- 1 pcs = 11R + bingkai gambar
- CD/DVD salinan asal imej

PAKEJ D (RM1650.00)

- Majlis nikah, berinai dan bersanding
- 1 orang Jurufoto
- < 300 rakaman majis
- Custom album 10” x 12”
- 1 pcs = 11R + bingkai gambar
- CD/DVD salinan asal imej

TAMBAHAN (Jika perlu)

- 1 Jurufoto = RM400.00
- 8R = RM7.00/pcs
- 10R = RM35.00/pcs
- 11R = RM45.00/pcs

CAJ TAMBAHAN (Luar kawasan)

- Minyak = RM0.50/km
- Tol = kadar semasa
- Penginapan = RM150.00/hari

e-Mail : teejay@res-qmedia.com
Mobile : 019-37 999 84

Sunday, March 06, 2011

Sungai Melaka



Menonton TV sambil melihat gambar-gambar yang ada dalam laptop. Ternyata terlalu banyak gambar yang tidak di proses. Ohhhhhh! sesuatu harus dilakukan....