Tuesday, November 30, 2010

Hujung minggu lepas, kami sekeluarga ke Sungai Besar, untuk mencari baju-baju sekolah anak bagi sesi tahun depan. Perjalanan pulang singgah untuk makan malam di Restoran Satay Hut, Tanjung Karang. Selama ini hanya melintasi saja kedai tersebut walau pun kedudukannya betul-betul berhampiran dengan jalan utama. Bila nampak satay, niat untuk makan yang lain-lain terpadam. Terus buat pesanan satay dan ABC sahaja sambil diselangi air kosong (jaga badan ke jaga poket?)