Friday, January 30, 2009

Mana yang lebih utama?

Saya kerap dihubungi oleh bakal-bakal pengantin yang akan melangsungkan majlis samada pertunangan atau perkahwinan pada tahun ini. Terlebih dahulu diucapkan tahniah kepada anda yang bakal mengharungi dunia baru samada sebagai tunangan, isteri atau suami orang.

Sepanjang berhubungan dengan mereka, kebiasaannya melalui temu janji yang telah diatur, kebanyakan soalan adalah berkisar harga dan perkhidmatan yang ditawarkan. Bagi kebanyakan mereka, harga memainkan peranan besar untuk memilih seseorang jurufoto samada profesional atau mereka yang menjadikan tugasan ini sebagai kerjaya kedua. Ada diantara mereka mempunyai bajet yang terhad semasa proses memilih jurufoto untuk majlis yang bakal diadakan. Kenapa ianya berlaku? jawapannya cukup mudah...jurufoto adalah orang atau keperluan terakhir yang diperlukan untuk majlis yang bakal berlangsung.

Sebilangan memilih jurufoto di saat akhir. Saya pernah menerima panggilan telefon untuk menggunakan khidmat 1 minggu sebelum majlis berlangsung. Alasannya cukup mudah, bakal pengantin mengharapkan saudara-mara atau rakan-rakan untuk membantu mencarikan jurufoto untuk merakamkan majlis yang bersejarah itu. Bila kesemua mereka gagal samada terlupa atau tidak menemui seseorang yang boleh membantu, tentunya msalah tersebut akan kembali terpikul dibahu bakal mempelai. Ada juga yang lebih mengutamakan tentang berapa banyak persalinan dari Mak Andam atau pun penggunaan DJ/karaoke. Juga berapa besar pelamin yang akan mereka duduki pada hari persandingan.

Saya tidak mengatakan semua itu tidak perlu. Sebaliknya mahu anda memikirkan semula perkara-perkara yang menjadi keutamaan. Harga pelamin paling murah yang pernah saya tanyakan sekitar RM500.00 dan paling mahal tentunya mencecah ribuan ringgit. Juga sistem DJ/karaoke, harganya juga tidak jauh berbeza samada dikampung atau bandar. Itu semua tidak termasuk berapa pasang pakaian yang bakal anda pakai untuk hari tersebut. Ada yang berpakaian dari Timur hingga ke barat, bermula dari Cina, merentas ke Korea hingga ke Jepun seterusnya paling jauh ke negara barat dengan gaun petangnya. Kos bagi setiap pasang baju yang dipakai paling rendah adalah RM200.00 itu pun sekiranya baju tersebut stok lama. Sekiranya baju yang dipakai itu adalah fesyen terkini dan masih baru harganya tentu berbeza dan lebih mahal lagi.

Majlis yang dinanti selama beberapa bulan lepas telah sampai hari kemuncaknya. Khemah telah didirikan di laman rumah (bagi yang tinggal dikampung atau rumah yang mempunyai laman). Bagi rumah teres tentunya khemah didirikan di atas jalan di hadapan rumah. Sekarang ini kita tidak mungkin menemui lagi bangsal yang didirikan dengan meja berikat rotan atau raut bemban dan bangku atau pangkin panjang yang disambung terus dengan meja makan. Kesukaran akan timbul bagi wanita yang memakai kain ketat semasa hendak duduk, terpaksa melangkah bangku atau pangkin.

Mak andam atau sekarang dipanggil mekap artis, sedang mendandan pengantin. DJ dengan kepetahan mereka cuba menghiburkan tetamu dan menceriakan majlis. Di tambah pula dengan penanggah dan handai taulan menyanyi karaoke. Kalau Paul Moss atau Shafinaz Selamat datang tentunya mereka bakal terjumpa dengan bakal-bakal peserta OIAM. Siap berdandan pengantin bergaya sakan dengan pakaian-pakaian dari timur - barat seterusnya menuju ke utara dan selatan. Sampai masa pengantin lelaki tiba maka berjalanlah mereka seiringan ke pelaminan yang telah tersedia menanti. Duduk di pelamin banyaklah mata yang menatap. Komen terkeluar dari mulut tetamu yang melihat, cantik betul pengantin perempuan. Segak bergaya pengantin lelaki, bagai pinang dibelah dua...Mekap artis yang mendengar tersenyum girang. Hasil kerjanya mendapat pujian. Cahaya "flash" menyimbah muka pengantin. bagi yang mempunyai handycam, tentunya hari bersejarah itu bakal terakam.

Sekitar jam 5 petang majlis berakhir. Mekap artis telah membawa kesemua peralatan termasuk baju-baju yang dipakai sepanjang hari tersebut. Yang ditinggal hanyalah pakaian semasa majlis bersanding tadi. Itu pun sekiranya pengantin masih ingin melaram kerana ada antara rakan-rakan yang masih belum tiba dan ingin melihat keanggunan pengantin. DJ telah menyimpan cd lagu dan menggulung wayar microfon. Pelamin akan dibuka keesokan harinya. Tetamu telah ramai yang pulang dan hanya tinggal beberapa orang penanggah yang membantu tuan rumah berkemas.

Hari berganti minggu, inai yang sebelum ini merah di jari mulai pudar warnanya. Gelaran pengantin baru semakin kurang didengari. Pasangan tadi mula teringat majlis yang telah mereka lalui. Malangnya hanya imaginasi mereka sahaja. Mereka cuba mencari-cari siapa yang telah merakam aturcara majlis perkahwinan. Perasan ada orang yang merakam samada melalui kamera foto atau video, tetapi gagal untuk mengingat. Fikiran mereka sedang diawangan pada masa itu. Penyesalan mula timbul kerana pujian dari tetamu tentang keayuan dan kacak pasangan mempelai gagal di tatap. Segala pakaian yang dipakai juga gagal digambarkan. Kepetahan DJ dan suara penyanyi yang "menyumbangkan" lagu juga tidak didengari lagi.

Maka hari yang berbahagia tersebut sekadar berada di dalam imaginasi mereka sahaja. Tiada sesuatu yang dapat mereka tunjukkan pada anak-anak yang bakal lahir nanti. Tidak juga mereka dapat melihat orang-orang disebalik tabir yang telah membantu kelancaran majlis perkahwinan mereka. Semuanya kerana salah sendiri. Meletakkan jurufoto ditempat terakhir semasa proses persiapan majlis. Walhal peranan jurufoto amat penting pda hari tersebut. Apa yang gagal di lihat oleh pengantin akan mereka lihat di dalam album. Dengan siapa emak dan bapa pengantin bersembang, siapa sebahagian tetamu yang hadir, maklumlah terlalu ramai jemputan kadang-kadang otak gagal mengingat kesemua yang hadir. Semua itu adalah sejarah. Dan sejarah yang terakam tentunya mudah untuk dilihat.


Tempahan dan pertanyaan:
Tee Jay | 019-379 9984

Tuesday, January 27, 2009

Friday, January 16, 2009

Sepanjang 2009, Tee Jay Photo akan mengadakan promosi berterusan untuk bakal pengantin.
Bagi pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan antara Januari hingga Mac 2009 pakej promosi untuk anda telah tersedia dan masih ada beberapa kekosongan lagi (lihat pakej di www.teejayphoto.com)

Sementara untuk anda yang bakal melangsungkan perkahwinan antara April - Jun 2009, inilah pula tawaran yang diberikan. Baucer potongan harga bagi pakej terpilih sedia menanti anda. Cetak dan aturkan temujanji. Tapi ingat hanya satu (1) baucer sahaja bagi setiap pasangan. Satu (1) lagi berikan kepada kawan,rakan atau saudara mara anda yang juga bakal melangsungkan perkahwinan antara bulan tersebut.


Tuesday, January 13, 2009

Contoh album

Ini adalah sebahagian contoh-contoh album bagi pakej sticky album

Kulit depan


Kulit belakang






Pertanyaan dan tempahan sila hubungi:
Tee Jay
019-379 9984 | teejay@res-qmedia.com