Friday, July 31, 2009

Hari yang meributkan


Semasa menunggu di luar Dewan Bedah


Berada di wad

fuhhhh...hari ini betul-betul mencabar diri dan minda. Agak kelam kabut hidup pagi ini.. dengan urusan keluarga bersama emak dan adik-beradik yang lain serta menguruskan isteri yang akan dimasukkan ke wad untuk menjalani pembedahan.

Ketika aku menaip ini, baru 5 minit lepas isteri aku di bawa masuk ke dewan bedah. Nasib baik sempat untuk berjumpanya kerana sewaktu menerima panggilan telefon yang dia akan dibawa
masuk aku baru sahaja masukke petak parking. Berlari-lari anak aku bersama Hazim untuk menemuinya...

Nabilah dan Hazim sudah mengadu lapar sekarang ini.... perut aku pun terasa pedih juga kerana kami hanya makan nasi lemak biasa sekitar jam 7.30 pagi tadi...So....aku nak p makan dulu..

Thursday, July 30, 2009

Bagaimana untuk mengembangkan idea

Kita selalu berdepan dengan masalah untuk mendapatkan idea sebelum memulakan sesi fotografi. Ada ketikanya tangan sudah memegang kamera tetapi tidak tahu arah tuju apa yang mahu dirakam untuk hari tersebut. Sedikit tips yang saya dapat melalui bacaan di internet dan kumpulkan ini mungkin sesuai dengan anda.

1. Ketika dalam kebuntuan, cuba-cubalah anda duduk di sesuatu tempat selama 30 minit dan rakamkan segala apa yang di lihat disetiap minit sepanjang 30 minit tersebut. Secara tidak langsung anda telah mempunyai 30 imej terakam yang mungkin boleh membantu selepas itu.

2. Gunakan kemudahan internet untuk mencari sebarang imej, kemungkinan ada imej-imej yang boleh anda jadikan sebagai model untuk mengembangkan idea

3. Bawa berjalan samada keluarga, kawan atau anak-anak ke sesuatu tempat dan rakamkan aksi mereka dari berbgai sudut. Selain dapat mengasah skill, hubungan kekeluargaan menjadi semakin erat

4. Timbulkan sesuatu tema seperti warna, lanskap atau apa sahaja dan rakamkan sebarang objek di sekeliling yang berkaitan dengan tema tersebut selama 30 minit sahaja. Mungkin ia boleh membantu anda mengembangkan lagi idea tersebut

5. Lihat kembali hasil kerja-kerja yang pernah anda rakamkan. Tentunya ada rakaman yang anda suka. Dapatkan imej yang boleh menimbulkan inspirasi tersebut. Ia dapat membantu mengembangkan idea

6. Temui mentor anda. Sudah pasti anda mempunyai seseorang yang dianggap sebagai mentor atau idola. Tidak perlu membuat janji temu untuk bertemunya. Sekadar melihat hasil kerja beliau samada melalui internet atau mengingati semula kata-kata dorongannya.

7. Rehatkan minda. Tinggalkan kamera anda di rumah dan keluar bersantai samada menonton wayang, mengunjungi zoo atau muzium dan anda mungkin akan merasai sesuatu yang segar selepas itu

8. Belajar sesuatu yang baru samada melalui pembacaan di internet atau buku-buku. Anda juga boleh belajar dari teman-teman yang sama minat samada anda mengenali nya secara rapat atau tidak melalui ruangan sembang di internet atau sebarang forum yang anda sertai tanpa mengira peringkat usia

9. Keluar dari zon selesa. Anda mungkin selalu mengambil gambar majlis perkahwinan dan setiap minggu melaluinya. Kenapa tidak cuba sesuatu yang lain seperti lanskap, abstrak atau merakamkan suasana di jalanan?

10. Kenali seseorang fotografer yang berhampiran dengan tempat tinggal dan anda merendah diri dengan bersedia untuk menjadi pembantunya dalam sesi fotografi yang beliau akan lakukan. Lihat cara dia bekerja dan pelajari sesuatu darinya

Isteriku sedang gering


Minggu lepas dia telah menjalankan pemeriksaan di sebuah hospital di Subang Jaya dan doktor mengesahkan terdapat sesuatu di bahagian ovarinya. Melalui pemeriksaan rapi dan hasil ujian darah yang dilakukan oleh doktor, syukurlah ianya bukan sesuatu yang berat dan merbahaya.
Hari Jumaat 31 Julai dia akan masuk ward dan sekitar jam 2 petang akan mula menjalani pembedahan untuk mengeluarkan ketulan darah yang terdapat di bahagian ovarinya. Semoga semuanya selamat


Tuesday, July 21, 2009

Teknik "Panning"




Selepas waktu kerja semalam aku gerak berseorangan ke Tasik Shah Alam untuk cuba sesuatu yang dah lama tak buat... "panning shot" ....
Lain-lain di SINI