Tuesday, October 20, 2009

Jamuan Hari Raya Aidilfitri PSMB 2009

Maaf kawan-kawan...baru hari ini dapat upload semua gambar ke dalam blog. Sejak hari Jumaat lepas agak sibuk dengan urusan keluarga dan kereta yang meragam. Boleh baca di posting terdahulu.

Apa pun hari ini aku naikkan gambar ini dan cuba-cubalah lihat samada boleh atau tidak. Faham-faham sahajalah sekiranya korang tak boleh nak lihat gambar-gambar yang ada. Untuk yang tidak boleh masuk, aku sediakan tapak yang lain ... http://tee-jay.fotopages.com



Gambar lain di SINI

Sunday, October 18, 2009

A Night @ Lumut

Seperti yang aku janjikan pada posting sebelum ini, malam ini aku agak rajin...walau pun "mood" sejak petang tadi tidak berapa baik kerana kereta meragam, malam ini aku tenangkan hati dengan berjalan di sekitaran bandar ini sambil mengambil gambar. Sebenarnya sudah lama aku inginkan saat ini, merakamkan suasana malam di Lumut. Walau pun kerap mengunjungi bandar maritim ini,namun baru malam ini aku merasakan keseronokan untuk merakam imej di Lumut.





Imej lain di SINI

Saturday, October 17, 2009

Ziarah

Ketika ini kami sekeluarga berada di Lumut, Perak. Menginap di hotel bajet, lengkap dengan kemudahan wi-fi percuma.

Kunjungan kali ini bukan semata-mata untuk bercuti, sebaliknya mengunjungi Pakcik di sebelah isteri yang telah lama tidak kami kunjungi. Iken sudah tentu gembira dapat mengunjugi pakciknya sendiri, anak-anak gembira kerana sekalilagi mereka dapat berjalan-jalan makan angin sementaqra aku pula tak tau nak kata apa sebab sekadar jadi drebar....hehehe...apa pun keletihan aku terubat sebab dapat hotel yagn ada kemudahan wi-fi percuma....lain kali boleh la aku lepak kat sini lagi...

ok...aku nak turun ronda-ronda sekitar pekan Lumut ni dan mengambil gambar suasana malam hari di sini. Kalau tak mengantuk nanti boleh la update...

Wednesday, October 14, 2009

Canon Photomarathon 2009

Bertempat di Sunway Lagoon pada 10 Oktober 2009, Penyertaan aku cuma separuh jalan sahaja sebab masuk jam 12 tghari perut dah mula berbunyi isyarat lapar dan cuaca pula agak terik... hehehe.. mana boleh berjemur lama-lama....





Gambar lain di SINI

Monday, September 21, 2009

Bagi seseorang kepelbagaian juadah untuk menyambut kedatangan Syawal adalah suatu kemestian. Seperti kurang lengkap sambutan Hari Raya sekiranya di pagi 1 Syawal itu tidak terhidang di atas meja juadah seperti:

Ketupat
Photobucket

yang akan menjadi terliur seseorang itu jika di cicah samada Kuah Kacang
Photobucket

atau pun rendang daging
Photobucket

Saturday, September 19, 2009

1 Syawal 1430 Hijrah (20 September 2009)

Kepada semua pengunjung, Blogger, Pelanggan, Sahabat dan rakan taulan Tee Jay Photo Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan memohon kemaafan atas sebarang perkara termasuk sekiranya ada tulisan yang menyinggung mana-mana individu secara sengaja atau pun tidak. Semoga kita semua mendapat keredhaan Allah SWT sepanjang melalui ibadah puasa pada Ramadhan yang lepas dan meraikan kemenangan melawan hawa nafsu di sepanjang Syawal ini dengan penuh ketaqwaan. Amin....

Sunday, September 13, 2009

Potret Keluarga untuk Hari Raya


Pagi ini kami sekeluarga bersiap untuk mengadakan sesi fotografi keluarga. Seperti kelazimannya persediaan untuk sesi ini akan mengambil masa dan tentunya mengundang kesabaran apatah lagi di buat pada bulan puasa. Sesi rakaman dibuat berulang kali kerana didapati tidak sesuai. Ada ketikanya salah seorang akan memberikan pose yang agak kurang menarik. Gambar-gambar sekitar sebelum rakaman..."the making of family potraiture ...."


Kerana inginkan kelainan dalam pose yang diberikan, pada peringkat awal aku letakkan kamera lebih kurang 45 darjah ke sebelah kanan dan berhampiran speedlite 580EX yang di pasangkan trigger jenama Phottix dan aku gunakan teknik "bounce" menggunakan payung putih. Kenapa "bounce"? Disebelah kiri ruang aku bergambar adalah pintu gelongsor (sliding door), jadinya cahaya dah banyak masuk ke rumah. Walau pun banyak cahaya yang masuk dari kiri model, aku masih meletakkan canon speedlite 200E. Banyak kekurangan speedlite ini, antaranya tidak boleh digunakan untuk teknik bounce dan tiada panel pelaras untuk mengawal cahaya yang keluar. Maka apa yang aku lakukan adalah memasangkan trigger dan mendongakkan lebih kurang 45 darjah ke atas. Selain dari itu aku pasangkan juga "diffuser" buatan sendiri (DIY) untuk mengawal cahaya yang bakal keluar.

Kenapa aku pasangkan juga flash dari sebelah kiri sedangkan dari bahagian tersebut banyak cahaya yang masuk? Jika dilihat gambar pertama di atas, jelas kelihatan bayang terhasil akibat banyak nya cahaya yang masuk ke ruang rumah. Sekiranya aku pasangkan hanya satu speedlite di sebelah kanan ia masih tidak dapat menghilangkan bayang kerana speedlite di bahagian kanan aku gunakan teknik "bounce" dan tentunya cahaya yang sampai juga sedikit.


Percubaan seterusnya aku pindahkan kamera ke tengah seperti yang biasa di lakukan dimana-mana studio dan mengekalkan speedlite di kiri dan kanan seperti biasa. Jarak diantara flash dan model lebih kurang 7 kaki dan jarak antara 2 flash tadi 8 kaki.
Hasil dari kedua-dua teknik yang aku gunakan tadi agak memberangsangkan dan tentunya akan ada lagi percubaan selepas ini.

Rajah-rajah menunjukkan teknik yang digunakan


Monday, September 07, 2009

15 Ramadhan


Puasa telah memasuki hari ke 15. Bermakna telah separuh perjalanan bulan Ramadhan ini. Bagi sesetengah orang ini bermakna Hari Raya Aidilfitri semakin menjelang tiba. Kunjungan saya pagi tadi di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India, orang ramai berpusu-pusu di kawasan tersebut samada untuk meninjau-ninjau atau pun membeli barangan keperluan untuk sambutan Aidilfitri.


Dalam keghairahan kita berbelanja jangan lupa tentang keselamatan diri dan keluarga samada dari penularan wabak Influenza AH1N1 atau keselamatan diri di jalanraya. Patuhilah amaran yang telah diberi oleh kerajaan melalui Kementerian Kesihatan untuk menghalang dari wabak ini merebak dengan memakai topeng penutup hidung dan mulut yang turut dijual juga arahan keselamatan jalanraya yang dipantau oleh PBT dan pihak Polis Trafik.


Klik untuk melihat gambar-gambar lain
Ramadhan 1430H

Wednesday, September 02, 2009

Tiada kampung....

Ada seorang sahabat yang membaca catatan blog ini dan memberitahu,"itu lah orang yang tiada kampung, asyik nak berjalan sahaja"....sepontan aku membalasnya "itulah istimewanya orang yang tiada kampung sebab boleh berjalan merata tempat tanpa hendak berfikir selalu balik kampung...."


Kerana tidak memikirkan untuk balik kampunglah kami sekeluarga dapat pergi bercuti ke mana sahaja yang kami mahu di Malaysia ini. Hampir seluruh negeri di Malaysia ini yang telah kami kunjungi. Kadang-kadang ada juga yang bertanya tidakkah kami jemu sekiranya mengunjungi sesuatu destinasi itu berulang kali? bagi kami tiada istilah jemu atau bosan kerana disetiap kunjungan kami akan cuba mencari kelainan sesuatu tempat itu. Sekiranya kita dapat mengubah gaya percutian tentunya setiap destinasi itu akan ada kenangannya yang tersendiri. Terlalu banyak keindahan bumi Malaysia ini.

Nota: Gambar tiada kaitan dengan destinasi seperti yang disebut

Monday, August 31, 2009

Ambil langkah keselamatan


Bercuti di luar musim sebegini memang menjadi pilihan aku dan isteri. Kenapa aku katakan "di luar musim"? Ya, betul.. sekarang ini cuti pertengahan penggal persekolahan. Ditambah pula tarikh kemerdakaan Malaysia pada 31 Ogos 2009 yang jatuh pada hari Isnin. Sepatutnya tempat-tempat tumpuan pelancungan akan menjadi tumpuan. Tetapi musim cuti sekolah kali ini serentak dengan kedatangan bulan Ramadhan. Kewajipan berpuasa yang dituntut oleh islam kepada penganutnya. Jadi bagi kebanyakan masyarakat melayu muslim, untuk seketika ini mereka menangguhkan dahulu program percutian. Aku rasa kedatangan Hari Raya Aidilfitri nanti semua tempat-tempat tumpuan pelancungan akan kembali sesak seperti kebiasaannya.


Selain faktor bulan Ramadhan, satu lagi penyebab yang aku rasakan menghalang percutian kali ini adalah disebabkan penularan wabak selsema babi atau sekarang ini di panggil Influenza A H1N1. Ini juga faktor yang menyebabkan kunjungan orang ramai agak berkurangan. Nasihat dari pihak berkuasa kesihatan untuk tidak mengunjungi tempat-tempat yang ramai orang sebagai salah satu langkah pencegahan, aku rasa
kan diikuti juga oleh orang ramai. Walau pun ada yang berdegil macam kami sekeluarga... hahahaha...Bagaimana degil sekali pun kami ini, langkah keselamatan tetap kami turuti..iaitu dengan memakai topeng muka untuk menutup mulut dan hidung. Doa kami agar terhindar dari wabak yang sedang menular itu. Amin....


Kami berhasrat untuk balik selepas waktu berbuka. Kerana ingin merasa masakan asam pedas. Aku dah agak pening restoren mana yang akan menjadi pilihan untuk mencari menu tersebut. Secara tidak sengaja aku meletakkan kereta berhampiran dengan sebuah hotel murah yang pernah kami menginap dahulu. Di depannya memang terdapat restoren melayu yang menjual hidangan tersebut. Syukur Alhamdulillah... terjumpa restoren tersebut, kerana kami pernah makan di situ dahulu dan rasa masakannya tidak mengecewakan.


Disebabkan waktu berbuka masih ada 2 jam lagi, kami sepakat untuk menempah dahulu meja dan makanan lantas meneruskan aksi berlegar-legar di Dataran Pahlawan. Melalui taman yang terdapat di bahagian tepi Dataran Pahlawan Mega Mall, kami terpandang pokok besar dan bangku yang pernah kami bergambar dahulu. Waktu itu anak aku yang perempuan belum pun 1 tahun umurnya. Kini setelah dia berumur 11 tahun pokok dan bangku masih tetap di situ. Ketika itu aku menggunakan kamera analog EOS500N (kamera pertama). Gambarnya masih tersimpan dalam album dan tidak dapat ditunjukkan disini kerana tiada scanner.

Selesai berbuka, kami terus bergerak untuk balik ke Klang. Dalam perjalanan singgah untuk solat jamak maghrib dan Isyak di Masjid Al-Azim, iaitu masjid Negeri Melaka. Selalu juga kami berhenti di sini kerana senang untuk dikunjungi selain kebersihan yang terjaga dengan baik.

Sunday, August 30, 2009

Banda Hilir

Melaka memang mengujakan. Sesampainya kami di sini terus check-in di Hotel Seri Costa. Melepaskan lelah sebentar dan selesai melakukan penyucian jiwa, sekitar jam 4 ptg bergerak turun dan menuju ke Dataran Pahlawan. Meronda-ronda sekitaran dan mendapati gerai-gerai yang menjual barangan kraf dan tradisional sebahagiannya telah menutup kedai kerana mahu pulang awal untuk berbuka di rumah bersama keluarga, selanjutnya kami ke Mahkota Parade untuk berbuka puasa.

Juadah berbuka hari ini




Dulu masa benda ni ditempatkan di Taman Tasik Titiwangsa, KL, memang teringin hendak menaiki roda ini dan merasa putarannnya, tetapi sehinggalah ia di bawa ke Melaka baru lah kami berkesempatan. Bagi kami sekeluarga pengalaman menaiki "Cable car" di Langkawi lebih 'adventures'

Saturday, August 29, 2009

8 Ramadhan

Salam.... hari ini aku akan ke Port Dickson untuk menghantar album gambar majlis pertunangan sorang pelangan di sana. Majlis yang aku rakamkan pada awal bulan Ogos. Selepas itu akan terus ke Melaka untuk bercuti dan berpuasa bersama keluarga di sana pula. Boleh dikatakan setiap tahun kami akan melakukan perkara yang sama iaitu berpuasa di Melaka. Walau pun Melaka bukannya kampung kelahiran kami sekeluarga, tetapi kami menjadikan destinasi percutian yang wajib dikunjungi setiap tahun. Malah banyak koleksi gambar percutian kami samada yang telah di cetak atau belum memaparkan Melaka sebagai lokasi percutian.

The Historical City - itulah jolokan yang diberi pada negeri ini. Begitu jugalah nostalgiknya negeri ini pada kami. Melaka lah tempat aku mula-mula membawa isteri yang aku kahwini sekarang ini untuk dating....hahaha temujanji kami yang pertama aku dah bawa dia ke sana...Malah pada waktu itu berbekalkan keberanian setelah bertanya rakan-rakan yang tahu selok belok jalan ke Melaka. Aku yang ketika itu tidak memiliki kereta sanggup menyewa kenderaan tersebut dan berbekalkan keberanian dan dengan bantuan tanda nama jalan sahaja kami berlibur di sana. Di sanalah juga tempat aku melamar dia untuk menjadi permaisuri dalam hidup aku kini...Terlalu banyak kenangan di Melaka. Malahan anak-anak juga melonjak riang sekiranya dapat tahu akan ke Melaka. Mungkin mereka merasai aura tersebut.

Terlalu banyak lokasi percutian kami di Semenanjung Malaysia ini. Tetapi Melaka mempunyai auranya sendiri. Tanpa kehadiran Eye on Malaysia pun Melaka mampu menarik kami ke sana.

Ohhhh isteri aku dah bersiap...anak-anak juga telah kelihatan siap berpakaian ...aku juga yang masih berkain sarung pelikat sejak dari subuh tadi...heheheh aku perlu segera bersiap. Kalau rajin nanti aku akan letakkan gambar di galeri.

Thursday, August 27, 2009

Fotografi Perkahwinan Melayu |
Tempahan untuk tahun 2010 telah dibuka sekarang.

5 Ramadhan

Blog ini berubah wajah lagi. Entah buat kali yang ke berapa. Ada saja yang membuatkan aku sentiasa tidak berpuas hati. Laman web teejayphoto juga sedang mengalami masalah sekarang. Capaian dari pengunjung agak tinggi kebelakangan ini. Tapak hosting yang aku gunakan tidak mampu menanggung capaian yang tinggi dari pengunjung disebabkan aku menggunakan kemudahan yang percuma. Tentunya ada kekangan yang terpaksa dihadapi. Atas bantuan rakan pejabat, untuk sementara waktu ini aku tutup dahulu laman tersebut untuk kerja-kerja mengalihkan ke tapak hosting yang baru.

Saturday, August 22, 2009

1 Ramadhan

Hari ini permulaan Ramadhan 1430H. Bangun sahur awal pagi tadi kami sekeluarga nyaris sahaja terlepas waktu bersahur. Kerana tidur lewat malam semalam jam yang aku tetapkan utnuk berbunyi sekitar jam 4 pagi juga disedari. Hanya tersedar setelah isteri aku mendengar ada orang menumbuk cili menggunakan lesung batu. Untuk semua pengunjung diucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Wednesday, August 19, 2009



Aduhhh bila lah jalan raya ni nak siap? Selama 2 tahun lebih aku dah berulang alik di jalan ini dan ianya masih belum siap lagi...Ramadan datang lagi dan kesesakan akan bertambah kronik kerana kebanyakan pekerja akan pulang awal ke rumah sebagai persiapan berbuka bersama keluarga.

Sunday, August 16, 2009

Hutan Simpan Bukit Nanas






Antara keunikan yang ada

Berkeluasan lebih kurang 9.3 hektar dan terletak di antara Jalan Ampang dan Jalan Raja Chulan. Telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal sejak 1906. Kini diiktiraf sebagai Hutan Simpan Kekal yang tertua di Malaysia.

Kunjungan pertama kali bersama Fazlin ke hutan ini disambut mesra oleh nyamuk yang cukup banyak. Walau pun berbekalkan "Mosquito Repellant" dari jenama terkenal, masih tidak mampu untuk menghalang gigitan serangga ini. Kami tewas dan hanya berjaya menghabiskan 1 sahaja "trail" daripada 3 yang ada.

Friday, August 07, 2009

Letih

Itu lah yang aku rasa kebelakangan ini. Tugas sebagai suri rumah terpaksa aku pikul ketika ini. Kebiasaaanya urusan dapur akan dilakukan oleh isteri dan aku sekadar membantu dengan kerja-kerja yang lain....tetapi kerana keadaan kesihatannya yang belum pulih sepenuhnya, maka aku mengambil alih tugas-tugas tersebut.

Memasak, mencuci pinggan mangkuk, mengemas rumah, menyiapkan sarapan pagi anak sebelum mereka ke sekolah, memasukkan pakaian kotor ke mesin basuh dan menyidai dll.. hahahaha bukannya tidak biasa dengan semua kerja tersebut tetapi keseluruhan tugasan isteri aku yang buat sekarang ini... bukan merungut, aku ikhlas membuat kesemua itu.. lebih-lebih lagi kalau anak-anak makan dengan berselera apa yang aku masak untuk mereka dan yang lebih istimewa.. Iken puji apa yang aku masak... hahaha tak sangka cara masak setail campak aku tu boleh membuka selera mereka semua.....

Sunday, August 02, 2009

Semakin pulih







Sekitar jam 7.30 pagi tadi isteri aku dah telefon ke rumah dan memberitahu perkembangan dirinya yang semakin pulih. Lantas aku membangunkan anak-anak untuk segera mandi dan bersiap untuk ke hospital. Pagi ini aku menyiapkan sarapan ringkas untuk mereka mengalas perut. Kerenah anak-anak yang semakin membesar, cepat sahaja mengadu perut mereka sudah lapar...

Sekitar jam 10.00 pagi kami sampai ke wad dan melihat isteri aku sedang berdiri, katanya berjalan-jalan sekitar katilnya sahaja kerana bosan asyik terbaring....sebentar tadi Dr Delaila datang melawat dan melakukan rutin terhadap pesakitnya. Dia kelihatan gembira dengan proses pemulihan isteriku. Katanya mungin esok sudah boleh pulang ke rumah.

Saturday, August 01, 2009

Tenang

Jika dibandingkan dengan semalam, keadaan isteri aku mula menampakkan perubahan. Walau pun dia mengadu sakit di kawasan pembedahan, namun Dr telah membenarkannya untuk mula memakan makanan yang lembut. Sesampainya aku dan anak-anak ke hospital pagi tadi, terdapat gambar dan salinan DVD proses pembedahan yang dilakukan semalam. Fuhhhh!!!! agak mengerikan melihat bahagian anggota dalaman tubuh manusia. Aku terfikir kalau lah kulit manusia ini jenis yang boleh dilihat anggota dalamannya, akan adakah manusia yang ditimpa sakit?

Friday, July 31, 2009

Hari yang meributkan


Semasa menunggu di luar Dewan Bedah


Berada di wad

fuhhhh...hari ini betul-betul mencabar diri dan minda. Agak kelam kabut hidup pagi ini.. dengan urusan keluarga bersama emak dan adik-beradik yang lain serta menguruskan isteri yang akan dimasukkan ke wad untuk menjalani pembedahan.

Ketika aku menaip ini, baru 5 minit lepas isteri aku di bawa masuk ke dewan bedah. Nasib baik sempat untuk berjumpanya kerana sewaktu menerima panggilan telefon yang dia akan dibawa
masuk aku baru sahaja masukke petak parking. Berlari-lari anak aku bersama Hazim untuk menemuinya...

Nabilah dan Hazim sudah mengadu lapar sekarang ini.... perut aku pun terasa pedih juga kerana kami hanya makan nasi lemak biasa sekitar jam 7.30 pagi tadi...So....aku nak p makan dulu..

Thursday, July 30, 2009

Bagaimana untuk mengembangkan idea

Kita selalu berdepan dengan masalah untuk mendapatkan idea sebelum memulakan sesi fotografi. Ada ketikanya tangan sudah memegang kamera tetapi tidak tahu arah tuju apa yang mahu dirakam untuk hari tersebut. Sedikit tips yang saya dapat melalui bacaan di internet dan kumpulkan ini mungkin sesuai dengan anda.

1. Ketika dalam kebuntuan, cuba-cubalah anda duduk di sesuatu tempat selama 30 minit dan rakamkan segala apa yang di lihat disetiap minit sepanjang 30 minit tersebut. Secara tidak langsung anda telah mempunyai 30 imej terakam yang mungkin boleh membantu selepas itu.

2. Gunakan kemudahan internet untuk mencari sebarang imej, kemungkinan ada imej-imej yang boleh anda jadikan sebagai model untuk mengembangkan idea

3. Bawa berjalan samada keluarga, kawan atau anak-anak ke sesuatu tempat dan rakamkan aksi mereka dari berbgai sudut. Selain dapat mengasah skill, hubungan kekeluargaan menjadi semakin erat

4. Timbulkan sesuatu tema seperti warna, lanskap atau apa sahaja dan rakamkan sebarang objek di sekeliling yang berkaitan dengan tema tersebut selama 30 minit sahaja. Mungkin ia boleh membantu anda mengembangkan lagi idea tersebut

5. Lihat kembali hasil kerja-kerja yang pernah anda rakamkan. Tentunya ada rakaman yang anda suka. Dapatkan imej yang boleh menimbulkan inspirasi tersebut. Ia dapat membantu mengembangkan idea

6. Temui mentor anda. Sudah pasti anda mempunyai seseorang yang dianggap sebagai mentor atau idola. Tidak perlu membuat janji temu untuk bertemunya. Sekadar melihat hasil kerja beliau samada melalui internet atau mengingati semula kata-kata dorongannya.

7. Rehatkan minda. Tinggalkan kamera anda di rumah dan keluar bersantai samada menonton wayang, mengunjungi zoo atau muzium dan anda mungkin akan merasai sesuatu yang segar selepas itu

8. Belajar sesuatu yang baru samada melalui pembacaan di internet atau buku-buku. Anda juga boleh belajar dari teman-teman yang sama minat samada anda mengenali nya secara rapat atau tidak melalui ruangan sembang di internet atau sebarang forum yang anda sertai tanpa mengira peringkat usia

9. Keluar dari zon selesa. Anda mungkin selalu mengambil gambar majlis perkahwinan dan setiap minggu melaluinya. Kenapa tidak cuba sesuatu yang lain seperti lanskap, abstrak atau merakamkan suasana di jalanan?

10. Kenali seseorang fotografer yang berhampiran dengan tempat tinggal dan anda merendah diri dengan bersedia untuk menjadi pembantunya dalam sesi fotografi yang beliau akan lakukan. Lihat cara dia bekerja dan pelajari sesuatu darinya

Isteriku sedang gering


Minggu lepas dia telah menjalankan pemeriksaan di sebuah hospital di Subang Jaya dan doktor mengesahkan terdapat sesuatu di bahagian ovarinya. Melalui pemeriksaan rapi dan hasil ujian darah yang dilakukan oleh doktor, syukurlah ianya bukan sesuatu yang berat dan merbahaya.
Hari Jumaat 31 Julai dia akan masuk ward dan sekitar jam 2 petang akan mula menjalani pembedahan untuk mengeluarkan ketulan darah yang terdapat di bahagian ovarinya. Semoga semuanya selamat


Tuesday, July 21, 2009

Teknik "Panning"




Selepas waktu kerja semalam aku gerak berseorangan ke Tasik Shah Alam untuk cuba sesuatu yang dah lama tak buat... "panning shot" ....
Lain-lain di SINI




Sunday, June 14, 2009

Bukit Broga, Semenyih, Selangor

Perjalanan selama hampir 1 jam dari Shah Alam dan pendakian trek curam dan licin bila menghampiri puncak bukit, terasa berbaloi. bersama Mazuhan dan seorang rakannya Nurzaihan @ Katun, hehehehe aku tak tau apa sbbnya di panggil Katun..Kami bertiga memulakan pendakian seawal jam 6.30 pagi. Sangkaan kami susah nak cari tempat ni... tapi bila sampai kaki bukit tu.. dah banyak kereta yang ada .. maknanya banyak lagi orang yang dah sampai ke puncak...Selepas penat lelah dan hampir 10 kali aku berhenti... pancit beb....sampai gak aku ke dataran yang pertama.....fuhhhh...aku anggarkan sekitar 200 orang yg dah ada pagi tu di puncak....

Gambar lain di SINI








Wednesday, May 20, 2009

Menukar langit


Aku surfing dan terjumpa tips untuk menukar langit yang cerah di dalam gambar yang terakam. Berpandukan tips tersebut maka terhasil lah gambar seperti yang tertera.

Sunday, May 10, 2009

Berubah lagi

Beberapa hari kebelakangan ini aku beria-ia ingin menampilkan wajah baru blog ini.
Ini entah kali keberapa aku mengubahnya. Harap kali ini berkekalan sehingga mata aku terasa jemu.

Thursday, May 07, 2009

Wajah baru



Sudah agak lama blog ini tidak dikemaskini. Macam rumah juga, kalau sentiasa dibiarkan di ruangan sudut sudah tentu akan menjadi tempat habuk berkumpul dan melemaskan semasa hendak mengemas

Tuesday, April 28, 2009

Bermain dengan lens

Focal length

Posting kali ini aku paparkan variasi gambar yang di rakam menggunakan lens Tamron 17-35mm. Variasi yang dimaksudkan dengan menggunakan focal yang berlainan bertujuan untuk melihat kesan Depth of Field (DOF) bagi setiap imej yang terakam