Wednesday, November 14, 2007

Promosi

Setiap hujung minggu di sepanjang bulan Ramadhan lepas Tee Jay Photo telah mengadakan promosi di Variety Bazaar,SACC Mall Shah Alam. Sambutan hangat telah diterima dari pengunjung yang datang melihat contoh-contoh album dan gambar-gambar yang dipamirkan. Sepanjang masa itu juga banyak soalan yg ditanyakan dari pengunjung.

Kebanyakan soalan yang diajukan berkisar pakej yang disediakan termasuk solekan dan pakaian. Saya suka memaklumkan disini, bahawa saya tidak terikat dengan mana-mana butik andaman pengantin. Sebaliknya lebih senang dan selesa bekerja sendiri. Ini kerana saya tidak mahu terikat dengan syarat dan peraturan yang mungkin akan dikenakan oleh sesuatu butik andaman.

PAKEJ
Ada juga yang menimbulkan perbezaan harga antara pakej butik andaman dan jurufoto. Sebagai jurufoto saya lebih suka sekiranya bakal-bakal pengantin dapat berhubung terus dengan jurufoto. Biar saya jelaskan, kebanyakan jurufoto mempunyai pakej menarik untuk menawan hati bakal pelanggan. Pakej-pakej ini pula memang berbeza dari yang ditawarkan oleh butik2 andaman. Ini kerana sesebuah butik sememangnya telah memasukkan fotografi sebahagian pakej andaman mereka. Jadi jurufoto yang diambil bertugas telah terikat dari segi harga dan menyebabkan mereka tidak dapat menawarkan pakej yang lebih menarik.

Selain itu sesetengah jurufoto meletakkan harga yang dikira tinggi. Saya tidak mahu mengatakan semakin murah pakej yang ditawarkan, maknanya kualiti kerjanya juga rendah. Samada pendapat itu salah atau betul terpulang pada anda untuk menilai. Saya memikirkan tidak semua orang berkemampuan untuk membayar dengan harga yang tinggi. Pasangan bakal pengantin yang bekerja kolar biru kebiasaannya mempunyai peruntukan yang rendah untuk majlis perkahwinan mereka. Sungguh pun begitu mereka tetap inginkan kemeriahan pada hari istimewa tersebut.

Kos cetakan mungkin telah menjadi semakin murah skg ini. Tetapi pelanggan harus sedar dengan teknologi digital kerja-kerja seseorang jurufoto menjadi bertambah. Sebab itu skg ini ada sesetengah jurufoto menjanjikan tempoh penghantaran album ke tangan pengantin sehingga 1 bulan. Berbeza semasa penggunaan filem sebagai medium utama, seseorang jurufoto akan terus menghantar filem ke kedai untuk proses cetakan. Sebaliknya menggunakan kamera digital, seseorang jurufoto akan melakukan kerja2 "editing" dahulu sblm menghantar ke kedai utk proses cetakan.

Bercerita tentang kemeriahan, sekarang ini majlis-majlis perkahwinan kebiasaannya akan ada DJ dan karaoke. Dan semestinya suasana menjadi cukup hingar. Saya tidak mengatakan itu salah. Tetapi sekiranya kita mempunyai bajet yang terhad adakah perlu kita membayar untuk sesuatu yang kurang penting? Fikirkan, semasa majlis berlangsung memang suasana agak meriah, tetapi selesai majlis apa yang akan menjadi kenangan seumur hidup untuk pasangan pengantin? Anda seharusnya dapat membezakan keperluan dan kepentingan sebelum mengeluarkan wang untuk membayar perkhidmatan yang disediakan.

Sekian dulu.... semoga berjumpa lagi


Untuk tempahan perkhidmatan hubungi:
Tel : 019-379 9984
YM : mtjmy
eMail : teejay@res-qmedia.com