Monday, September 21, 2009

Bagi seseorang kepelbagaian juadah untuk menyambut kedatangan Syawal adalah suatu kemestian. Seperti kurang lengkap sambutan Hari Raya sekiranya di pagi 1 Syawal itu tidak terhidang di atas meja juadah seperti:

Ketupat
Photobucket

yang akan menjadi terliur seseorang itu jika di cicah samada Kuah Kacang
Photobucket

atau pun rendang daging
Photobucket

Saturday, September 19, 2009

1 Syawal 1430 Hijrah (20 September 2009)

Kepada semua pengunjung, Blogger, Pelanggan, Sahabat dan rakan taulan Tee Jay Photo Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan memohon kemaafan atas sebarang perkara termasuk sekiranya ada tulisan yang menyinggung mana-mana individu secara sengaja atau pun tidak. Semoga kita semua mendapat keredhaan Allah SWT sepanjang melalui ibadah puasa pada Ramadhan yang lepas dan meraikan kemenangan melawan hawa nafsu di sepanjang Syawal ini dengan penuh ketaqwaan. Amin....

Sunday, September 13, 2009

Potret Keluarga untuk Hari Raya


Pagi ini kami sekeluarga bersiap untuk mengadakan sesi fotografi keluarga. Seperti kelazimannya persediaan untuk sesi ini akan mengambil masa dan tentunya mengundang kesabaran apatah lagi di buat pada bulan puasa. Sesi rakaman dibuat berulang kali kerana didapati tidak sesuai. Ada ketikanya salah seorang akan memberikan pose yang agak kurang menarik. Gambar-gambar sekitar sebelum rakaman..."the making of family potraiture ...."


Kerana inginkan kelainan dalam pose yang diberikan, pada peringkat awal aku letakkan kamera lebih kurang 45 darjah ke sebelah kanan dan berhampiran speedlite 580EX yang di pasangkan trigger jenama Phottix dan aku gunakan teknik "bounce" menggunakan payung putih. Kenapa "bounce"? Disebelah kiri ruang aku bergambar adalah pintu gelongsor (sliding door), jadinya cahaya dah banyak masuk ke rumah. Walau pun banyak cahaya yang masuk dari kiri model, aku masih meletakkan canon speedlite 200E. Banyak kekurangan speedlite ini, antaranya tidak boleh digunakan untuk teknik bounce dan tiada panel pelaras untuk mengawal cahaya yang keluar. Maka apa yang aku lakukan adalah memasangkan trigger dan mendongakkan lebih kurang 45 darjah ke atas. Selain dari itu aku pasangkan juga "diffuser" buatan sendiri (DIY) untuk mengawal cahaya yang bakal keluar.

Kenapa aku pasangkan juga flash dari sebelah kiri sedangkan dari bahagian tersebut banyak cahaya yang masuk? Jika dilihat gambar pertama di atas, jelas kelihatan bayang terhasil akibat banyak nya cahaya yang masuk ke ruang rumah. Sekiranya aku pasangkan hanya satu speedlite di sebelah kanan ia masih tidak dapat menghilangkan bayang kerana speedlite di bahagian kanan aku gunakan teknik "bounce" dan tentunya cahaya yang sampai juga sedikit.


Percubaan seterusnya aku pindahkan kamera ke tengah seperti yang biasa di lakukan dimana-mana studio dan mengekalkan speedlite di kiri dan kanan seperti biasa. Jarak diantara flash dan model lebih kurang 7 kaki dan jarak antara 2 flash tadi 8 kaki.
Hasil dari kedua-dua teknik yang aku gunakan tadi agak memberangsangkan dan tentunya akan ada lagi percubaan selepas ini.

Rajah-rajah menunjukkan teknik yang digunakan


Monday, September 07, 2009

15 Ramadhan


Puasa telah memasuki hari ke 15. Bermakna telah separuh perjalanan bulan Ramadhan ini. Bagi sesetengah orang ini bermakna Hari Raya Aidilfitri semakin menjelang tiba. Kunjungan saya pagi tadi di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India, orang ramai berpusu-pusu di kawasan tersebut samada untuk meninjau-ninjau atau pun membeli barangan keperluan untuk sambutan Aidilfitri.


Dalam keghairahan kita berbelanja jangan lupa tentang keselamatan diri dan keluarga samada dari penularan wabak Influenza AH1N1 atau keselamatan diri di jalanraya. Patuhilah amaran yang telah diberi oleh kerajaan melalui Kementerian Kesihatan untuk menghalang dari wabak ini merebak dengan memakai topeng penutup hidung dan mulut yang turut dijual juga arahan keselamatan jalanraya yang dipantau oleh PBT dan pihak Polis Trafik.


Klik untuk melihat gambar-gambar lain
Ramadhan 1430H

Wednesday, September 02, 2009

Tiada kampung....

Ada seorang sahabat yang membaca catatan blog ini dan memberitahu,"itu lah orang yang tiada kampung, asyik nak berjalan sahaja"....sepontan aku membalasnya "itulah istimewanya orang yang tiada kampung sebab boleh berjalan merata tempat tanpa hendak berfikir selalu balik kampung...."


Kerana tidak memikirkan untuk balik kampunglah kami sekeluarga dapat pergi bercuti ke mana sahaja yang kami mahu di Malaysia ini. Hampir seluruh negeri di Malaysia ini yang telah kami kunjungi. Kadang-kadang ada juga yang bertanya tidakkah kami jemu sekiranya mengunjungi sesuatu destinasi itu berulang kali? bagi kami tiada istilah jemu atau bosan kerana disetiap kunjungan kami akan cuba mencari kelainan sesuatu tempat itu. Sekiranya kita dapat mengubah gaya percutian tentunya setiap destinasi itu akan ada kenangannya yang tersendiri. Terlalu banyak keindahan bumi Malaysia ini.

Nota: Gambar tiada kaitan dengan destinasi seperti yang disebut