Thursday, March 22, 2007

Haznita & Mohd Tohar



Majlis persandingan pasangan ini telah berlangsung serentak pada hari yang sama 11 Mac 2007 bersamaan 14 Safar 1428H. Persandingan di rumah pengantin perempuan telah diadakan pada jam 1:00 tgh dan seterusnya pasangan ini bertukar pakaian dan bergerak ke rumah pengantin lelaki. Norhaznita dan Mohd Tohar yang bertemu jodoh di dalam kampung sendiri iaitu di Kanchong Darat, Selangor ceria di hari persandingan mereka.

Tee Jay Photo mengucapkan Selamat Pengantin Baru semoga kekal bahagia selamanya....

Klik SINI untuk melihat album

Hubungi:
Tel : 019-379 9984
YM : mtjmy
eMail : teejay@res-qmedia.com

Monday, March 05, 2007

Farah Wahida & Rahim

Majlis pernikahan pasangan ini telah diadakan di Surau Al-Mujib,Perumahan Awam Sri Johor, Cheras. Seterusnya majlis persandingan diadakan di Dewan Kompleks Belia, Cheras yang dihadiri sanak saudara dan rakan taulan. Rombongan pengantin lelaki yg datang dari Johor menaiki sebuah bas yang disewa khas untuk meraikan pasangan pengantin.

Pasangan pengantin yang cukup ceria dan menyenangkan. Farah yang sentiasa tersenyum dan bersedia untuk dirakamkan aksinya sementara suaminya agak malu-malu berhadapan dengan kamera.Terima kasih kepada keluarga pengantin yang begitu sporting memberikan kerjasama semasa sesi penggambaran



Klik gambar untuk ke galeri

Hubungi:
Tel : 019-379 9984
YM : mtjmy
eMail : teejay@res-qmedia.com