Sunday, December 18, 2011

Kebakaran

Klang, 17 Disember; Satu kebakaran yang melibatkan deretan rumah sewa telah berlaku di Jalan Ahmad, Rantau Panjang, Klang. Kebakaran yang dipercayai berpunca dari litar pintas telah meranapkan sama sekali 6 buah rumah yang kebanyakan penghuninya sedang berehat selepas waktu solat maghrib. Angin kuat pada waktu itu telah menyebabkan api merebak dengan cepat. Tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan kerana semua mangsa sempat menyelamatkan diri.

Salah seorang pemilik rumah sewa tersebut Encik Mohd Nasir Nik, ketika itu sedang berada di kampung isterinya di Perak, telah dihubungi oleh anaknya memberitahu tentang kejadian tersebut. Pihak bomba telah berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya pada jam 10.30 malam.









Saturday, December 10, 2011

Pernikahan Mohd Khairil Hazwan

Syukur.... majlis pernikahan yang telah berlangsung pada 9 Disember 2011 di rumah pengantin perempuan telah selamat dijalankan.
Photobucket

Wednesday, November 23, 2011

Menu hari ini.

Walau pun cuti sakit, perut tetap perlu diisi. Anak - anak dah meracau kelaparan... hahahaha.... aku buka pintu peti sejuk terdapat bahan-bahan yang boleh digunakan. Untuk tengahari ini dapat juga sediakan dua jenis gulai bujang.... hahahaha teringat zaman duduk menyewa masa zaman bujang dulu. Falsafahnya rasa tolak tepi yang penting tekak boleh telan...Nabilah kata tunggu "JURI" balik rumah petang nanti...tapi anak-anak aku kata masakan papa boleh tahan sedapnya.....

Photobucket


Photobucket

Sakit

PhotobucketSejak dari semalam aku kurang sihat.... walau pun masih mampu datang ke pejabat dan melakukan rutin harian, tapi keadaan hari ini terasa lesu. Kepala masih terasa berpusing malahan beberapa anggota badan terasa sakit. Pemeriksaan Dr tadi menyatakan tiada apa yang membimbangkan....

Photobucket
Hadis Nabi SAW bermaksud: "Pohonlah kepada Allah keyakinan dan kesihatan. Tidak ada yang lebih baik yang didatangkan kepada seorang selepas keyakinan itu selain kesihatan" (Riwayat An-Nasaiy)

Saturday, November 19, 2011

Nasi Lemak Kuning

Sesiapa yang pernah membaca rakaman perjalanan aku ke Bandung pastinya akan mengetahui tentang keenakan Nasi Kuning yang pernah aku makan dan catatkan di sini.

Pagi ini kami sekeluarga bersarapan dengan Nasi Lemak Kuning yang diadaptasi dari Nasi Kuning Bandung. Hehehehe makanan juga boleh diadaptasi bukan saja filem atau drama. Kalau nak resepi tanyakan Iken.... aku tau makan je...

Photobucket

Sunday, November 13, 2011

Rewang

Istilah yang menunjukkan kerja-kerja gotong royong untuk sesuatu majlis di kampung-kampung terutamanya dalam komuniti Jawa. Malahan perkataan tersebut juga telah sebati dengan masyarakat Malaysia. Semua orang akan faham jika ada yang menyebutnya.

Aku pun sudah terlalu lama tidak menyertai majlis rewang-rewang kerana tidak lagi tinggal di kampung tempat membesar. Kesempatan yang ada semasa kenduri rumah makcik kerana mengadakan majlis kenduri sempena perkahwinan anaknya tidak aku lepaskan. Berpeluang berjumpa kawan-kawan sekolah semasa kecil, saudara mara yang sudah lama tidak berjumpa....malahan sebahagiannya sudah ada yang tidak perasan akan diri aku... hahaha perubahan saiz badan katanya....

Photobucket

Photobucket

Program Perkhemahan Tahunan

Petang hari yang sama (Jumaat, 11 November 2011) Hazim berangkat untuk menjalani perkhemahan tahunan yang dianjurkan pihak sekolah. Program yang bakal diadakan di Hulu Langat, Selangor menghimpunkan pelajar-pelajar yang menyertai pasukan berunifom.

Hampir 2 minggu dia memujuk untuk menyertai program tersebut. Pada awalnya kami sebagai ibu bapa memang tidak mahu membenarkan dia pergi kerana program tersebut pernah disertai pada tahun sebelumnya. Bagaimana pun sehari sebelum bertolak, aku memberitahu Iken supaya menghubungi guru di sekolah yang mengendalikan program tersebut dan memberikan kebenaran untuk Hazim menyertainya.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket



Photobucket

Photobucket

Hari Kecemerlangan SKBA

Jumaat, 11 November 2011: Hazim naik ke pentas sekali lagi sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik. Semoga dia akan terus berusaha untuk masa depannya sendiri.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Monday, November 07, 2011

Fotografi Makro

Sudah lama mengidamkan untuk mengambil gambar-gambar makro. Sekarang ini terdapat banyak peralatan yang murah untuk mengambil gambar makro. Saya menggunakan Extension Tube yang berjenama murah untuk mengambil gambar makro. Kerana alatan tersebut tidak memiliki sambungan elektronik maka kaedah manual fokus digunakan.

Photobucket

Photobucket


Photobucket

Photobucket

Wednesday, October 26, 2011

Dingin

Hari ini (26 Oktober 2011) cuaca memang dingin. Bila buka tingkap rumah dan lihat keluar kabus tebal menyelubungi. Dalam keadaan begini aku teringat zaman kecil dahulu, bangun tidur sekitar jam 6.30 pagi dan mandi menggunakan air panas yang dicampor dengan air perigi. Wahhhhh!!!! menyegarkan....juga berpeluang melihat minyak kelapa yang beku kerana kedinginan malam. Mungkin pada masa itu kualiti minyak tidak sebaik sekarang atau pun memang cuaca sejuk yang menjadikan minyak beku.

Photobucket

Photobucket

Saturday, October 01, 2011

Rosak

Inilah rupa volume control speaker komputer aku yang dah rosak....
Photobucket

Photobucket

Thursday, September 01, 2011

Aidilfitri 1423

Mengunjungi keluarga di pihak isteri pada hari kedua Aidilfitri. Perjalanan jauh dibantu keadaan trafik yang sebuk. Kami menginap di sebuah hotel bajet terletak di Lumut, Perak. Memang cukup selesa ditambah lagi dengan kemudahan seperti wifi dan kabel tv.


Photobucket

Saturday, August 20, 2011

Puisi

MELAYU - Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka "

Saturday, August 06, 2011

Sri Ros 2, Bukit Sentosa, Rawang

Setelah sebulan berulang-alik Klang - Bukit Sentosa, melakukan kerja-kerja pemulihan secara berdikit, akhirnya menjelang Ramadhan semua kerja telah selesai dilakukan. Rumah ini telah sedia untuk didiami. Dan ketika ini kami sekeluarga berada di sini untuk merasai suasana malam.