Monday, August 31, 2009

Ambil langkah keselamatan


Bercuti di luar musim sebegini memang menjadi pilihan aku dan isteri. Kenapa aku katakan "di luar musim"? Ya, betul.. sekarang ini cuti pertengahan penggal persekolahan. Ditambah pula tarikh kemerdakaan Malaysia pada 31 Ogos 2009 yang jatuh pada hari Isnin. Sepatutnya tempat-tempat tumpuan pelancungan akan menjadi tumpuan. Tetapi musim cuti sekolah kali ini serentak dengan kedatangan bulan Ramadhan. Kewajipan berpuasa yang dituntut oleh islam kepada penganutnya. Jadi bagi kebanyakan masyarakat melayu muslim, untuk seketika ini mereka menangguhkan dahulu program percutian. Aku rasa kedatangan Hari Raya Aidilfitri nanti semua tempat-tempat tumpuan pelancungan akan kembali sesak seperti kebiasaannya.


Selain faktor bulan Ramadhan, satu lagi penyebab yang aku rasakan menghalang percutian kali ini adalah disebabkan penularan wabak selsema babi atau sekarang ini di panggil Influenza A H1N1. Ini juga faktor yang menyebabkan kunjungan orang ramai agak berkurangan. Nasihat dari pihak berkuasa kesihatan untuk tidak mengunjungi tempat-tempat yang ramai orang sebagai salah satu langkah pencegahan, aku rasa
kan diikuti juga oleh orang ramai. Walau pun ada yang berdegil macam kami sekeluarga... hahahaha...Bagaimana degil sekali pun kami ini, langkah keselamatan tetap kami turuti..iaitu dengan memakai topeng muka untuk menutup mulut dan hidung. Doa kami agar terhindar dari wabak yang sedang menular itu. Amin....


Kami berhasrat untuk balik selepas waktu berbuka. Kerana ingin merasa masakan asam pedas. Aku dah agak pening restoren mana yang akan menjadi pilihan untuk mencari menu tersebut. Secara tidak sengaja aku meletakkan kereta berhampiran dengan sebuah hotel murah yang pernah kami menginap dahulu. Di depannya memang terdapat restoren melayu yang menjual hidangan tersebut. Syukur Alhamdulillah... terjumpa restoren tersebut, kerana kami pernah makan di situ dahulu dan rasa masakannya tidak mengecewakan.


Disebabkan waktu berbuka masih ada 2 jam lagi, kami sepakat untuk menempah dahulu meja dan makanan lantas meneruskan aksi berlegar-legar di Dataran Pahlawan. Melalui taman yang terdapat di bahagian tepi Dataran Pahlawan Mega Mall, kami terpandang pokok besar dan bangku yang pernah kami bergambar dahulu. Waktu itu anak aku yang perempuan belum pun 1 tahun umurnya. Kini setelah dia berumur 11 tahun pokok dan bangku masih tetap di situ. Ketika itu aku menggunakan kamera analog EOS500N (kamera pertama). Gambarnya masih tersimpan dalam album dan tidak dapat ditunjukkan disini kerana tiada scanner.

Selesai berbuka, kami terus bergerak untuk balik ke Klang. Dalam perjalanan singgah untuk solat jamak maghrib dan Isyak di Masjid Al-Azim, iaitu masjid Negeri Melaka. Selalu juga kami berhenti di sini kerana senang untuk dikunjungi selain kebersihan yang terjaga dengan baik.

No comments: