Sunday, September 13, 2009

Potret Keluarga untuk Hari Raya


Pagi ini kami sekeluarga bersiap untuk mengadakan sesi fotografi keluarga. Seperti kelazimannya persediaan untuk sesi ini akan mengambil masa dan tentunya mengundang kesabaran apatah lagi di buat pada bulan puasa. Sesi rakaman dibuat berulang kali kerana didapati tidak sesuai. Ada ketikanya salah seorang akan memberikan pose yang agak kurang menarik. Gambar-gambar sekitar sebelum rakaman..."the making of family potraiture ...."


Kerana inginkan kelainan dalam pose yang diberikan, pada peringkat awal aku letakkan kamera lebih kurang 45 darjah ke sebelah kanan dan berhampiran speedlite 580EX yang di pasangkan trigger jenama Phottix dan aku gunakan teknik "bounce" menggunakan payung putih. Kenapa "bounce"? Disebelah kiri ruang aku bergambar adalah pintu gelongsor (sliding door), jadinya cahaya dah banyak masuk ke rumah. Walau pun banyak cahaya yang masuk dari kiri model, aku masih meletakkan canon speedlite 200E. Banyak kekurangan speedlite ini, antaranya tidak boleh digunakan untuk teknik bounce dan tiada panel pelaras untuk mengawal cahaya yang keluar. Maka apa yang aku lakukan adalah memasangkan trigger dan mendongakkan lebih kurang 45 darjah ke atas. Selain dari itu aku pasangkan juga "diffuser" buatan sendiri (DIY) untuk mengawal cahaya yang bakal keluar.

Kenapa aku pasangkan juga flash dari sebelah kiri sedangkan dari bahagian tersebut banyak cahaya yang masuk? Jika dilihat gambar pertama di atas, jelas kelihatan bayang terhasil akibat banyak nya cahaya yang masuk ke ruang rumah. Sekiranya aku pasangkan hanya satu speedlite di sebelah kanan ia masih tidak dapat menghilangkan bayang kerana speedlite di bahagian kanan aku gunakan teknik "bounce" dan tentunya cahaya yang sampai juga sedikit.


Percubaan seterusnya aku pindahkan kamera ke tengah seperti yang biasa di lakukan dimana-mana studio dan mengekalkan speedlite di kiri dan kanan seperti biasa. Jarak diantara flash dan model lebih kurang 7 kaki dan jarak antara 2 flash tadi 8 kaki.
Hasil dari kedua-dua teknik yang aku gunakan tadi agak memberangsangkan dan tentunya akan ada lagi percubaan selepas ini.

Rajah-rajah menunjukkan teknik yang digunakan


No comments: