Saturday, August 29, 2009

8 Ramadhan

Salam.... hari ini aku akan ke Port Dickson untuk menghantar album gambar majlis pertunangan sorang pelangan di sana. Majlis yang aku rakamkan pada awal bulan Ogos. Selepas itu akan terus ke Melaka untuk bercuti dan berpuasa bersama keluarga di sana pula. Boleh dikatakan setiap tahun kami akan melakukan perkara yang sama iaitu berpuasa di Melaka. Walau pun Melaka bukannya kampung kelahiran kami sekeluarga, tetapi kami menjadikan destinasi percutian yang wajib dikunjungi setiap tahun. Malah banyak koleksi gambar percutian kami samada yang telah di cetak atau belum memaparkan Melaka sebagai lokasi percutian.

The Historical City - itulah jolokan yang diberi pada negeri ini. Begitu jugalah nostalgiknya negeri ini pada kami. Melaka lah tempat aku mula-mula membawa isteri yang aku kahwini sekarang ini untuk dating....hahaha temujanji kami yang pertama aku dah bawa dia ke sana...Malah pada waktu itu berbekalkan keberanian setelah bertanya rakan-rakan yang tahu selok belok jalan ke Melaka. Aku yang ketika itu tidak memiliki kereta sanggup menyewa kenderaan tersebut dan berbekalkan keberanian dan dengan bantuan tanda nama jalan sahaja kami berlibur di sana. Di sanalah juga tempat aku melamar dia untuk menjadi permaisuri dalam hidup aku kini...Terlalu banyak kenangan di Melaka. Malahan anak-anak juga melonjak riang sekiranya dapat tahu akan ke Melaka. Mungkin mereka merasai aura tersebut.

Terlalu banyak lokasi percutian kami di Semenanjung Malaysia ini. Tetapi Melaka mempunyai auranya sendiri. Tanpa kehadiran Eye on Malaysia pun Melaka mampu menarik kami ke sana.

Ohhhh isteri aku dah bersiap...anak-anak juga telah kelihatan siap berpakaian ...aku juga yang masih berkain sarung pelikat sejak dari subuh tadi...heheheh aku perlu segera bersiap. Kalau rajin nanti aku akan letakkan gambar di galeri.

No comments: