Friday, August 07, 2009

Letih

Itu lah yang aku rasa kebelakangan ini. Tugas sebagai suri rumah terpaksa aku pikul ketika ini. Kebiasaaanya urusan dapur akan dilakukan oleh isteri dan aku sekadar membantu dengan kerja-kerja yang lain....tetapi kerana keadaan kesihatannya yang belum pulih sepenuhnya, maka aku mengambil alih tugas-tugas tersebut.

Memasak, mencuci pinggan mangkuk, mengemas rumah, menyiapkan sarapan pagi anak sebelum mereka ke sekolah, memasukkan pakaian kotor ke mesin basuh dan menyidai dll.. hahahaha bukannya tidak biasa dengan semua kerja tersebut tetapi keseluruhan tugasan isteri aku yang buat sekarang ini... bukan merungut, aku ikhlas membuat kesemua itu.. lebih-lebih lagi kalau anak-anak makan dengan berselera apa yang aku masak untuk mereka dan yang lebih istimewa.. Iken puji apa yang aku masak... hahaha tak sangka cara masak setail campak aku tu boleh membuka selera mereka semua.....

1 comment:

kelabbasikaltuasijangkang said...

sorry bro..bkn tak upload pic baru.. banyak pic dalam koleksi.. esok 16 ogos ada pertandingan basikal tua di telok panglima garang lokasi belakang kilang NEC ..pertandingan layang2 pun ada..tapi tak tau la ramai atau tidak,,adios