Thursday, November 13, 2014

Kehebatan Modenas Elegan 150


Tempoh seminggu ini berulang-alik 2 kali ke Putrajaya atas urusan kerja. Dengan kelajuan antara 110 - 120 km/j Modenas Elegan 150 ini tidak mengecewakan. Aku rasakan aku lebih laju menunggang motor jika dibandingkan dengan memandu kereta. Kehebatan Elegan ini adalah ianya agak berat dan membuatkan tunggangan dengan kelajuan sedemikian menjadi cukup stabil. Keupayaannya sewaktu memotong kenderaan besar seperti lori dan bas cukup meyakinkan.

Teringat aku semasa melakukan riding ke Tanjung Malim, Perak beberapa minggu lepas, bersama Hazim yang menjadi pembonceng. Tunggangan konsisten dengan kelajuan sedemikian membuatkan perjalanan menjadi lancar. Walau pun ada pembonceng kebiasaannya berat akan bertambah dan membuatkan motor agak susah untuk dipecut laju, tetapi motor ini tidak mengecewakan untuk kelasnya.
Dihadapan UPSI

Hazim

1 comment:

Ismadi Ahmad said...

Modenas Elegan ni memang moto gile. Dari UTm KL 6.20pm dah boleh smpai kajang 6.40pm pada waktu jem.

Moto laju, jimat minyak, pencuri pon tak minat so tak payah lock sana sini bagai, ada floorboard, tangki besar, brek yg mencengkam giler,lampu depan terang, ada jamdan byk lagi...

Mmg skuter yg terbaik. Nmax pon tak bley lawan features kecuali utk bab injection saja.

D best!!!