Sunday, November 16, 2014

PEMERIKSAAN BERKALA

Pemeriksaan CVT
Bil yang harus dibayar
Semalam 15 Nov 2014, masa untuk melakukan pemeriksaan berkala motor skuter Modenas Elegan 150 aku. Mujur bengkel hanya di depan rumah sahaja. Bengkel motor ZMZ atau lebih dikenali sebagai Zul Pachi tempat yang tepat untuk dikunjungi oleh penunggang skuter lebih-lebih lagi pemilik SYM atau modenas. Ini kerana beliau adalah bekas kakitangan Modenas dan mahir dengan teknologi yang digunakan oleh pengeluar motosikal tersebut. Apatah lagi beliau adalah bekas pelumba Cub Prix yang seangkatan dengan Shahrul Yuzy bekas pelumba motor GP negara. 

Roller Dr Pulley
Kenapa dipanggil Zul pachi? ini kerana semasa berlumba dahulu beliau adalah pelumba yang bersama dalam satu pasukan dengan Shahrul Yuzy dan mewakili Pachi Motor Racing pada masa itu. Dengan harga yang berpatutan rasanya bengkel Zul adalah yang termurah. Dahulu aku sering mengunjungi MMR di Seksyen 16 Shah Alam. Satu lagi bengkel yang terkenal dikalangan penunggang motorsikal. Bagaimana pun kerana jarak yang agak jauh dan masa yang terhad kerana urusan kerja maka bengkel Zul adalah pilihan tepat. Sementelah lagi hanya terletak betul-betul dihadapan rumah. Jadi bila-bila masa sahaja aku boleh singgah disitu. Kerap kali juga aku hanya tinggalkan sahaja motor di bengkel beliau dan datang semula bila dah siap.

Menariknya di sini kerana kejujuran dia bekerja. Tidak seperti bengkel-bengkel lain yang mungkin akan mengenakan harga yang tinggi malah akan sesuka hati menukar alat gantian walau pun ianya masih dalam keadaan baik.

Tunggu Belting baru

2 comments:

Muaz aziz said...

Bengkel nya dimana tuan?
Saya beli Elegan 2nd 2009.
Cadang mahu full service

Tee Jay said...

Bengkel di Seksyen 32, Shah Alam. Berhampiran dengan Lebuhraya KESAS. Jika mengikuti KESAS susur keluar Jalan Kebun dan di persimpangan ikut arah pejabat MARDI. Lebih kurang 150 meter akan kelihatan restoran Anis Wanis (Lebih jelas pada waktu malam kerana cahaya lampu)...Bengkel didalam kawasan restoran tersebut. Keliru?? hubungi saya 019-379 9984