Saturday, June 05, 2010

Menggunakan Flash Binaan Dalaman (Built In Flash) dengan berkesan - Siri 1

Setiap kita yang mempunyai kamera DSLR atau pun SLR (analog) pastinya akan mendapati kamera yang kita miliki telah pun memiliki lampu denyar (Flash),maaf saya tidak mahu menyebutnya lampu denyar lagi....mungkin lebih sesuai jika sebutannya lampu pancar.. ahhhh!!!! susahnya memelayukan perkataan english ...jika ada sesiapa pakar bahasa tolonglah beri sedikit info kepada saya.

Bagaimana pun adakah kita telah menggunakannya secara maksima? Saya percaya tidak ramai yang akan menggunakannya untuk sebarang tugasan. Melainkan penggunaannya terhad kepada kerja-kerja persendirian seperti mengambil gambar di rumah sahaja.Pastinya jika menggunakan alatan tersebut untuk kerja-kerja lapangan, sebahagian kita akan merasakan betapa tidak profesionalnya kita pada masa tersebut. Kita lebih takutkan tanggapan orang terhadap keputusan yang bakal terhasil. Pengalaman saya sepanjang pembabitan terhadap hobi ini, menunjukkan bahawa orang ramai beranggapan semakin besar kamera maka semakin cantiklah gambar yang akan terhasil. Begitu juga jika diatas kamera tersebut telah terpacak speedlite berjenama maka semakin kagumlah orang yang melihatnya.

Saya pernah menyiarkan artikel berkaitan penggunaan DIY Diffuser di laman ini. Tujuannya untuk meyakinkan rakan-rakan yang baru berjinak-jinak dengan hobi mahal ini menggunakan semaksima mungkin alatan yang telah dimiliki tersebut. Bukan sesuatu yang murah untuk membeli speedlite berjenama dan mempunyai kemampuan tersendiri. Telah banyak juga di tulis di dunia internet ini tentang penggunaan Built In flash serta tips dan panduan menggunakannya. Malah banyak juga terdapat alatan sokongan lain yang telah ada di pasaran semata-mata untuk pengguna yang kurang bajet seperti saya.

Pada kali ini sekali lagi saya akan memberikan kepada semua pengunjung hasil yang saya rakamkan menggunakan hanya built In flash dengan beberapa variasi. Anda lihatlah sendiri kemampuannya. Bacalah buku panduan pengguna yang disertakan semasa membeli kamera.

Bersambung...

No comments: