Saturday, August 28, 2010

Kota Bharu - 2nd Day



Baru masuk ke bilik hotel setelah hampir setengah hari di Pengkalan Kubor. Cuaca masih lagi terik. Sungguh pun begitu kawasan bebas cukai Pengkalan Kubor tidak seluas mana jadi kurang la sikit rasa keletihan. Cuma rasa letih sebab berada terlalu lama di dalam kereta akibat kesesakan jalanraya. Hampir terlupa bahawa Sabtu
adalah hari bekerja di Kelantan. Sebelum naik tadi dah masukkan syiling dalam tabung di tepi jalan sebagai bayaran parking. 1 jam lagi kena tambah duit sebab tadi dah kehabisan syiling.

Walau pun dalam bulan puasa, Pengkalan Kubor tetap ada pengunjungnya. Cuma tidak semeriah hari-hari lain. Sebahagian besar tentunya orang-orang Kelanatan sendiri yang membuat persiapan untuk menyambut bulan Syawal nanti.

No comments: