Thursday, December 02, 2010

Bila aku nak cuti?

kesempatan cuti sekolah ketika ini, aku agak relax dari hari-hari kebiasaan. Biasanya waktu tengahari aku akan keluar untuk urusan mengambil anak-anak di sekolah. Kawan-kawan ada yang sudah memulakan cuti hujung tahun.... tapi aku masih tidak berkesempatan lagi. Berada di tempat sekarang ini agak membataskan pergerakan kerana deretan tugas yang sedia menanti. Aku rindukan suasana pantai timur dan bunyi deruan ombak dimusim tengkujh ini. Tekak ini sudah mula terasa keenakan, kelazatan dan kesedapan sata, nasi kukus ayam berempah, mee celup dan banyak lagi hidangan enak. Malah telah ada rakan yang menunjukkan gambar nasi dagang bungkus daun pisang dalam facebook. Wah...semua tu meracun minda
Posted by Picasa

No comments: