Tuesday, September 01, 2015

Solo Ride : Shah Alam - Tasik Kenyir - Shah Alam (Siri 1)

Beberapa hari sebelum bertolak aku telah membuat carian di internet untuk mengetahui jalan-jalan yang akan dilalui. Sebelum ini tergerak untuk melalui LPT menuju ke Kuala Terengganu dan seterusnya ke Tasik Kenyir melalui Kuala Berang. Bagaimana pun secara tiba-tiba aku terfikir kenapa tidak saja menggunakan jalan Gua Musang - Felda Aring dan terus ke Tasik Kenyir, Pahang. 


Aku memang telah biasa memandu menggunakan jalan-jalan ini samada memilih menggunakan LPT - Kuala Terengganu atau terus ke Gua Musang melalui Raub ke Kuala Lipis. Bagaimana pun aku lebih memilih melalui Gua Musang kerana jalan yang bakal dilalui agak redup sambil melintasi beberapa bandar dan penempatan. Lebih mudah untuk mencari tempat untuk berehat.

Persiapan mental dan proses merawat motorsikal telah dilakukan. Tayar motorsikal yang aku gunakan telah di isi dengan cecair dikuatiri akan terjadi kes tercucuk paku. Ada yang mencadangkan agar aku bersedia dengan pam angin dan kelengkapan untuk menampal kebocoran tayar. Tapi aku lebih memilih cecair yang dimasukkan ke dalam tayar motorsikal kerana ia lebih mudah.

Hari yang ditunggu sudah tiba. Memulakan perjalanan di awal pagi sekitar jam 5.30 pagi dengan memohon doa agar perjalanan ini dilindungi Allah SWT. Melalui Lebuhraya Persekutuan menuju ke Jalan Kucing terus ke DUKE dan berhenti untuk solat subuh di stesen minyak sebelum melintasi plaza tol Gombak. 

Sekitar jam 6.45 pagi menyambung kembali perjalanan dan singgah di bandar Bentong untuk bersarapan. Kebetulan pada hari tersebut akan diadakan raptai acara perbarisan sempena menyambut Hari Kemerdakaan Malaysia ke 58. Agak ramai orang pada ketika itu.

Usai bersarapan, aku memulakan perjalanan pada jam 7.30 pagi dan berhenti mengisi minyak di RnR Benta. Perjalanan melalui Jalanraya Persekutuan (Route 8) begitu lancar kerana di awal pagi belum banyak kenderaan di atas jalan raya. Mengekalkan kelajuan 110km/j, aku tidak mahu memandu laju kerana destinasi yang dituju masih jauh dan tiada apa yang hendak dikejarkan. Selain itu dengan mengekalkan momentum sebegitu aku dapat juga menikmati pemandangan sepanjang laluan  dan lebih penting lagi dapat mengawal degupan jantung (hahahaha sayangilah jantung anda).

Thursday, August 20, 2015

Tunggangan Bersendirian

Ia.. kelihatan seperti kerja gila. Ada antara rakan-rakan yang menggeleng kepala apabila aku ajukan perkara ini.

Terlalu berani? Ya... Perlu ada keberanian untuk mencipta sesuatu. Bukan rekod negara yang dicari. Sekadar untuk menguji kekuatan diri.. semangat dan kondisi tubuh.

Wednesday, November 19, 2014

Tayar

Selepas enjinnya di belai, kini masa untuk membelai bahagian yang juga amat penting. Tayar yang sudah lama tidak berganti...Musim hujan ketika ini membuatkan aku bimbang ketika mengambil selekoh...takut tergelincir. RM345.00 melayang untuk kedua-dua tayar depan dan belakang. Tak kesah lah, yang penting keselamatan diri dan pembonceng yang dibawa.



Sunday, November 16, 2014

PEMERIKSAAN BERKALA

Pemeriksaan CVT
Bil yang harus dibayar
Semalam 15 Nov 2014, masa untuk melakukan pemeriksaan berkala motor skuter Modenas Elegan 150 aku. Mujur bengkel hanya di depan rumah sahaja. Bengkel motor ZMZ atau lebih dikenali sebagai Zul Pachi tempat yang tepat untuk dikunjungi oleh penunggang skuter lebih-lebih lagi pemilik SYM atau modenas. Ini kerana beliau adalah bekas kakitangan Modenas dan mahir dengan teknologi yang digunakan oleh pengeluar motosikal tersebut. Apatah lagi beliau adalah bekas pelumba Cub Prix yang seangkatan dengan Shahrul Yuzy bekas pelumba motor GP negara. 

Roller Dr Pulley
Kenapa dipanggil Zul pachi? ini kerana semasa berlumba dahulu beliau adalah pelumba yang bersama dalam satu pasukan dengan Shahrul Yuzy dan mewakili Pachi Motor Racing pada masa itu. Dengan harga yang berpatutan rasanya bengkel Zul adalah yang termurah. Dahulu aku sering mengunjungi MMR di Seksyen 16 Shah Alam. Satu lagi bengkel yang terkenal dikalangan penunggang motorsikal. Bagaimana pun kerana jarak yang agak jauh dan masa yang terhad kerana urusan kerja maka bengkel Zul adalah pilihan tepat. Sementelah lagi hanya terletak betul-betul dihadapan rumah. Jadi bila-bila masa sahaja aku boleh singgah disitu. Kerap kali juga aku hanya tinggalkan sahaja motor di bengkel beliau dan datang semula bila dah siap.

Menariknya di sini kerana kejujuran dia bekerja. Tidak seperti bengkel-bengkel lain yang mungkin akan mengenakan harga yang tinggi malah akan sesuka hati menukar alat gantian walau pun ianya masih dalam keadaan baik.

Tunggu Belting baru

Thursday, November 13, 2014

Kehebatan Modenas Elegan 150


Tempoh seminggu ini berulang-alik 2 kali ke Putrajaya atas urusan kerja. Dengan kelajuan antara 110 - 120 km/j Modenas Elegan 150 ini tidak mengecewakan. Aku rasakan aku lebih laju menunggang motor jika dibandingkan dengan memandu kereta. Kehebatan Elegan ini adalah ianya agak berat dan membuatkan tunggangan dengan kelajuan sedemikian menjadi cukup stabil. Keupayaannya sewaktu memotong kenderaan besar seperti lori dan bas cukup meyakinkan.

Teringat aku semasa melakukan riding ke Tanjung Malim, Perak beberapa minggu lepas, bersama Hazim yang menjadi pembonceng. Tunggangan konsisten dengan kelajuan sedemikian membuatkan perjalanan menjadi lancar. Walau pun ada pembonceng kebiasaannya berat akan bertambah dan membuatkan motor agak susah untuk dipecut laju, tetapi motor ini tidak mengecewakan untuk kelasnya.
Dihadapan UPSI

Hazim

Wednesday, October 29, 2014

2 tahun dan aku masih di sini...

wahhhhhh.....sudah hampir 2 tahun blog ini tidak dikemaskini dan dimuatkan dengan berbagai catatan. Emmmm kenapa terjadi? Tentunya kesibukan kerja yang akan menjadi alasan.....tapi aku tidak merasakannya begitu. 

Bukannya tiada perkembangan atau cerita yang hendak dimuatnaik. Sepanjang 2 tahun ini tentunya berbagai kisah yang boleh dicoretkan. Mungkin alasan yang boleh diguna adalah MALAS... ye memang itulah jawapannya....

Baiklah...untuk memulakan cerita baru mungkin aku boleh kongsikan tentang motor yang telah aku miliki. Modenas Elegan 150 suatu nama yang kurang popular mungkin kerana jenama Malaysia atau lebih tepat lagi bentuknya tidak sporty untuk tunggangan mereka yang gemarkan kelajuan. Mungkin juga kerana pandangan pengguna yang melihat ini adalah model skuter.

Diperoleh dari seseorang setelah melihat iklan diinternet dan berhubung melalui telefon, melihat buat pertama kalinya di Taman Warisan Pertanian dan selang sehari kemudian terus aku nyatakan persetujuan untuk membelinya. Dengan harga yang agak tinggi (pada masa itu) tetapi sangat berpuas hati kerana motor tersebut memang seperti baru dan aku percaya ia hanya melakukan perjalanan keliling kampung sahaja dengan melihat meternya yang tidak sampai 9000 km jarak perjalanannya.

Setelah menggunakannya selama 2 tahun ini, tanggapan awal aku berubah sama sekali terhadap skuter ini. Malahan sekiranya suatu hari nanti terpaksa beralih ke motor lain, skuter akan tetap menjadi pilihan.

Sunday, November 04, 2012

Penyampaian Sijil Anugerah Cemerlang SKBA


Hazim bakal menamatkan zaman sekolah rendahnya. Ini adalah rakaman semasa Hari Penyampaian Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik. Boleh dikatakan setiap tahun dia akan menerima sijil dan hadiah atas kejayaan yang dicapainya. Terima kasih kepada semua guru yang membantunya mengenal huruf dan mencapai kecemerlangan. Ucapan penghargaan juga kepada kawan-kawan yang membantu mengambilnya dari sekolah dan menghantar pulang kerana tugasan pejabat yang tidak membolehkan aku menjemputnya.

Penyampaian Sijil Anugerah Cemerlang SKBA


Hazim bakal menamatkan zaman sekoah rendahnya. Ini adalah rakaman semasa Hari Penyampaian Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik. Boleh dikatakan setiap tahun dia akan menerima sijil dan hadiah atas kejayaan yang dicapainya. Terima kasih kepada semua guru yang membantunya mengenal huruf dan mencapai kecemerlangan. Ucapan penghargaan juga kepada kawan-kawan yang membantu mengambilnya dari sekolah dan menghantar pulang kerana tugasan pejabat yang tidak membolehkan aku menjemputnya.

Saturday, October 27, 2012

Panorama Ladang Teh @ Cameron Highlands


Saturday, July 07, 2012

Update

ish ish ish..... tangguh punya tangguh, sudah lebih 6 bulan blog ini tidak mempunyai post terbaru. Nyatalah pertukaran kerja aku dari jabatan lama telah membuatkan aku keletihan. Hingga tiada masa atau upaya untuk memberikan cerita-cerita terbaru. Walau pun masih aktif mengambil gambar

Sunday, December 18, 2011

Kebakaran

Klang, 17 Disember; Satu kebakaran yang melibatkan deretan rumah sewa telah berlaku di Jalan Ahmad, Rantau Panjang, Klang. Kebakaran yang dipercayai berpunca dari litar pintas telah meranapkan sama sekali 6 buah rumah yang kebanyakan penghuninya sedang berehat selepas waktu solat maghrib. Angin kuat pada waktu itu telah menyebabkan api merebak dengan cepat. Tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan kerana semua mangsa sempat menyelamatkan diri.

Salah seorang pemilik rumah sewa tersebut Encik Mohd Nasir Nik, ketika itu sedang berada di kampung isterinya di Perak, telah dihubungi oleh anaknya memberitahu tentang kejadian tersebut. Pihak bomba telah berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya pada jam 10.30 malam.









Saturday, December 10, 2011

Pernikahan Mohd Khairil Hazwan

Syukur.... majlis pernikahan yang telah berlangsung pada 9 Disember 2011 di rumah pengantin perempuan telah selamat dijalankan.
Photobucket

Wednesday, November 23, 2011

Menu hari ini.

Walau pun cuti sakit, perut tetap perlu diisi. Anak - anak dah meracau kelaparan... hahahaha.... aku buka pintu peti sejuk terdapat bahan-bahan yang boleh digunakan. Untuk tengahari ini dapat juga sediakan dua jenis gulai bujang.... hahahaha teringat zaman duduk menyewa masa zaman bujang dulu. Falsafahnya rasa tolak tepi yang penting tekak boleh telan...Nabilah kata tunggu "JURI" balik rumah petang nanti...tapi anak-anak aku kata masakan papa boleh tahan sedapnya.....

Photobucket


Photobucket

Sakit

PhotobucketSejak dari semalam aku kurang sihat.... walau pun masih mampu datang ke pejabat dan melakukan rutin harian, tapi keadaan hari ini terasa lesu. Kepala masih terasa berpusing malahan beberapa anggota badan terasa sakit. Pemeriksaan Dr tadi menyatakan tiada apa yang membimbangkan....

Photobucket
Hadis Nabi SAW bermaksud: "Pohonlah kepada Allah keyakinan dan kesihatan. Tidak ada yang lebih baik yang didatangkan kepada seorang selepas keyakinan itu selain kesihatan" (Riwayat An-Nasaiy)

Saturday, November 19, 2011

Nasi Lemak Kuning

Sesiapa yang pernah membaca rakaman perjalanan aku ke Bandung pastinya akan mengetahui tentang keenakan Nasi Kuning yang pernah aku makan dan catatkan di sini.

Pagi ini kami sekeluarga bersarapan dengan Nasi Lemak Kuning yang diadaptasi dari Nasi Kuning Bandung. Hehehehe makanan juga boleh diadaptasi bukan saja filem atau drama. Kalau nak resepi tanyakan Iken.... aku tau makan je...

Photobucket

Sunday, November 13, 2011

Rewang

Istilah yang menunjukkan kerja-kerja gotong royong untuk sesuatu majlis di kampung-kampung terutamanya dalam komuniti Jawa. Malahan perkataan tersebut juga telah sebati dengan masyarakat Malaysia. Semua orang akan faham jika ada yang menyebutnya.

Aku pun sudah terlalu lama tidak menyertai majlis rewang-rewang kerana tidak lagi tinggal di kampung tempat membesar. Kesempatan yang ada semasa kenduri rumah makcik kerana mengadakan majlis kenduri sempena perkahwinan anaknya tidak aku lepaskan. Berpeluang berjumpa kawan-kawan sekolah semasa kecil, saudara mara yang sudah lama tidak berjumpa....malahan sebahagiannya sudah ada yang tidak perasan akan diri aku... hahaha perubahan saiz badan katanya....

Photobucket

Photobucket

Program Perkhemahan Tahunan

Petang hari yang sama (Jumaat, 11 November 2011) Hazim berangkat untuk menjalani perkhemahan tahunan yang dianjurkan pihak sekolah. Program yang bakal diadakan di Hulu Langat, Selangor menghimpunkan pelajar-pelajar yang menyertai pasukan berunifom.

Hampir 2 minggu dia memujuk untuk menyertai program tersebut. Pada awalnya kami sebagai ibu bapa memang tidak mahu membenarkan dia pergi kerana program tersebut pernah disertai pada tahun sebelumnya. Bagaimana pun sehari sebelum bertolak, aku memberitahu Iken supaya menghubungi guru di sekolah yang mengendalikan program tersebut dan memberikan kebenaran untuk Hazim menyertainya.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket



Photobucket

Photobucket

Hari Kecemerlangan SKBA

Jumaat, 11 November 2011: Hazim naik ke pentas sekali lagi sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik. Semoga dia akan terus berusaha untuk masa depannya sendiri.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket