Tempoh seminggu ini berulang-alik 2 kali ke Putrajaya atas urusan kerja. Dengan kelajuan antara 110 - 120 km/j Modenas Elegan 150 ini tidak mengecewakan. Aku rasakan aku lebih laju menunggang motor jika dibandingkan dengan memandu kereta. Kehebatan Elegan ini adalah ianya agak berat dan membuatkan tunggangan dengan kelajuan sedemikian menjadi cukup stabil. Keupayaannya sewaktu memotong kenderaan besar seperti lori dan bas cukup meyakinkan.
Teringat aku semasa melakukan
riding ke Tanjung Malim, Perak beberapa minggu lepas, bersama Hazim yang menjadi pembonceng. Tunggangan konsisten dengan kelajuan sedemikian membuatkan perjalanan menjadi lancar. Walau pun ada pembonceng kebiasaannya berat akan bertambah dan membuatkan motor agak susah untuk dipecut laju, tetapi motor ini tidak mengecewakan untuk kelasnya.
 |
| Dihadapan UPSI |
 |
| Hazim |