Bandar yang mendapat gelaran Bandaraya Islam, tetapi kotor dan kepelbagaian aroma yang menusuk hidung...Cuaca sekarang panas dan bacaaan suhu 35 degree celcius (mengikut bacaan yang aku nampak di persimpangan Jalan Kuala Kerai)Sampai sekitar jam 9.40 pagi 28 Ogos 2010 dan terus daftar masuk ke hotel (bajet hotel je....)Hotel-hotel yang mempunyai bintang agak jauh dari kawasan tumpuan seperti Pasar Siti Khadijah. Jadi kebanyakan hotel bajet memang mudah dicari sekitar kawasan tumpuan ini. Bagaimana pun kita perlu berhati-hati dengan sistem bayaran parking di sini kerana ia adalah sumber utama bagi Majlis Bandaraya Kota Bharu mendapatkan dana. Masih lagi menggunakan sistem bermeter dan adalah kawasan perbandaran yang memiliki bayaran letak kereta termahal di Malaysia (akan update nanti dengan tunjukkan bukti bergambar)Sekiranya terlewat sedikit dan tidak bernasib baik surat saman akan berada di hadapan cermin kereta (hehehe... pengalaman lalu mengajar..)
No comments:
Post a Comment