Monday, September 07, 2009

15 Ramadhan


Puasa telah memasuki hari ke 15. Bermakna telah separuh perjalanan bulan Ramadhan ini. Bagi sesetengah orang ini bermakna Hari Raya Aidilfitri semakin menjelang tiba. Kunjungan saya pagi tadi di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India, orang ramai berpusu-pusu di kawasan tersebut samada untuk meninjau-ninjau atau pun membeli barangan keperluan untuk sambutan Aidilfitri.


Dalam keghairahan kita berbelanja jangan lupa tentang keselamatan diri dan keluarga samada dari penularan wabak Influenza AH1N1 atau keselamatan diri di jalanraya. Patuhilah amaran yang telah diberi oleh kerajaan melalui Kementerian Kesihatan untuk menghalang dari wabak ini merebak dengan memakai topeng penutup hidung dan mulut yang turut dijual juga arahan keselamatan jalanraya yang dipantau oleh PBT dan pihak Polis Trafik.


Klik untuk melihat gambar-gambar lain
Ramadhan 1430H

Wednesday, September 02, 2009

Tiada kampung....

Ada seorang sahabat yang membaca catatan blog ini dan memberitahu,"itu lah orang yang tiada kampung, asyik nak berjalan sahaja"....sepontan aku membalasnya "itulah istimewanya orang yang tiada kampung sebab boleh berjalan merata tempat tanpa hendak berfikir selalu balik kampung...."


Kerana tidak memikirkan untuk balik kampunglah kami sekeluarga dapat pergi bercuti ke mana sahaja yang kami mahu di Malaysia ini. Hampir seluruh negeri di Malaysia ini yang telah kami kunjungi. Kadang-kadang ada juga yang bertanya tidakkah kami jemu sekiranya mengunjungi sesuatu destinasi itu berulang kali? bagi kami tiada istilah jemu atau bosan kerana disetiap kunjungan kami akan cuba mencari kelainan sesuatu tempat itu. Sekiranya kita dapat mengubah gaya percutian tentunya setiap destinasi itu akan ada kenangannya yang tersendiri. Terlalu banyak keindahan bumi Malaysia ini.

Nota: Gambar tiada kaitan dengan destinasi seperti yang disebut