Sunday, August 02, 2009

Semakin pulih







Sekitar jam 7.30 pagi tadi isteri aku dah telefon ke rumah dan memberitahu perkembangan dirinya yang semakin pulih. Lantas aku membangunkan anak-anak untuk segera mandi dan bersiap untuk ke hospital. Pagi ini aku menyiapkan sarapan ringkas untuk mereka mengalas perut. Kerenah anak-anak yang semakin membesar, cepat sahaja mengadu perut mereka sudah lapar...

Sekitar jam 10.00 pagi kami sampai ke wad dan melihat isteri aku sedang berdiri, katanya berjalan-jalan sekitar katilnya sahaja kerana bosan asyik terbaring....sebentar tadi Dr Delaila datang melawat dan melakukan rutin terhadap pesakitnya. Dia kelihatan gembira dengan proses pemulihan isteriku. Katanya mungin esok sudah boleh pulang ke rumah.

Saturday, August 01, 2009

Tenang

Jika dibandingkan dengan semalam, keadaan isteri aku mula menampakkan perubahan. Walau pun dia mengadu sakit di kawasan pembedahan, namun Dr telah membenarkannya untuk mula memakan makanan yang lembut. Sesampainya aku dan anak-anak ke hospital pagi tadi, terdapat gambar dan salinan DVD proses pembedahan yang dilakukan semalam. Fuhhhh!!!! agak mengerikan melihat bahagian anggota dalaman tubuh manusia. Aku terfikir kalau lah kulit manusia ini jenis yang boleh dilihat anggota dalamannya, akan adakah manusia yang ditimpa sakit?