Diperingkat awal memang tiada masalah yang timbul. Semangat untuk merakam sebarang benda dan perkara yang ada di depan mata melupakan seketika sebarang kekurangan. Semakin lama timbul perasaan bosan kerana imej yang terakam tidak memuaskan hati. Sebahagiannya mula sedar kemampuan "pop-up flash". Mulalah terfikir untuk memiliki "flash-gun" tetapi harganya pula mencecah RM1000++ Bagaimana pun masih ada yang berharga kurang dari RM1000 samada ianya bukan dari jenama terkenal atau pun jenama terkenal yang kemampuannya agak berkurangan.
Aku kerap memberitahu mereka supaya gunakan dahulu "pop-up flash" dengan melakukan sedikit pengubahsuaian cahaya (flash exposure compensation). Semua kamera berupaya melakukannya. Bagaimana pun sekiranya masih kurang berpuas hati anda masih boleh mengawal cahaya yang akan keluar dengan menggunakan "diffuser".
Apa itu "diffuser"?
Ia adalah aksesori tambahan untuk flash. Terdapat banyak aksesori ini dipasaran samada ianya berjenama atau pun buatan negara Cina yang tentunya murah. Anda boleh gunakan enjin carian untuk melihat aksesori ini, samada untuk "flash gun" atau pun "pop up flash". Aku lebih senang membuat sendiri aksesori ini untuk "pop-up flash".
Kami sekeluarga gemar berjalan-jalan merata tempat. Boot kereta penuh dengan beg pakaian kerana ruang yang terhad bagi kereta Perodua Viva. Sedangkan beg kamera aku juga agak besar. Jadinya untuk menjimatkan ruang, aku akan membawa beg kamera kecil yang hanya boleh memuatkan sebuah kamera dan lens sahaja. Selain saiznya yang kecil, ianya juga agak ringan dan memudahkan pergerakan di sesuatu tempat yang bakal kami singgahi. Oleh kerana itu aku tidak akan membawa sekali "flash gun". Bagi aku cukup dengan menggunakan "pop-up flash" dan satu "diffuser" buatan sendiri.
Bermodalkan RM3.50 untuk membeli "binding tape" berwarna silver, beg "goodies" yang dapat dari rumah pengantin dan gunting yang memang tersedia di rumah, maka jadilah "diffuser" buatan sendiri yang ringan dan mudah di bawa samada dalam poket baju atau selitkan sahaja di beg kamera anda.
Oleh itu kawan-kawan....apa lagi!!!
Alatan yang diguna....
....hasilnya..
Tanpa diffuser
Selepas menggunakan diffuser
Imej kedua yang tidak menggunakan diffuser
Dengan DIY Diffuser
Tanpa DIY Diffuser - jelas bayang di belakang dan cara menggunakan diffuser
Bayang hilang selepas menggunakan DIY diffuser