Thursday, January 04, 2007

Selamat Tahun baru 2007

Berjumpa lagi....

Secara tidak disedari telah 1 bulan saya tidak mengemas kini blog merakamsejarah ini. Sepanjang bulan Disember lepas saya memang mengalami situasi kesibukan yang amat sangat. Tidak pernah saya mengalami keadaan sedemikian selama bekerja atau pun sepanjang mengendalikan tugas-tugas fotografi untuk majlis perkahwinan.

Bermula dari minggu pertama Disember saya telah menjelajah ke sebahagian negeri-negeri Pantai Timur seterusnya ke Utara dan Selatan tanahair kerana tugasan pejabat. Ruang antara minggu-minggu tersebut pula di penuhi dengan kerja-kerja merakamsejarah pengantin baru yang sudi menggunakan khidmat Tee-Jay-Photo. Terima kasih diucapkan dan harap bersabar untuk menantikan rakaman hari bahagia anda di internet. Saya sedang melakukan kerja-kerja editing untuk paparan internet. Untuk makluman pengunjung cetakan gambar pengantin telah diserahkan ke tangan pengantin lengkap dengan album.

Selesai semua itu giliran saya untuk santai bersama keluarga yang hampir 1 bulan itu kurang mendapat perhatian. Sempatlah kami cuti-cuti Malaysia di Bukit Fraser, sebuah kawasan peranginan tanah tinggi. Gembiranya anak-anak tidak terkata kerana mendapat peluang merasai kedinginan di sana. Sementelah hampir 2 tahun kami tidak berkunjung ke sana.

Kini 2007 menjelma dan meninggalkan segala kenangan sepanjang 2006 dalam lipatan sejarah. Sepanjang 2006 yang lalu telah banyak pasangan pengantin yang mendirikan rumahtangga dan menggunakan khidmat Tee-Jay-Photo. Mungkin kini ada sebahagiannya yang telah pun memiliki cahaya mata atau sedang berdebar menantikan kehadiran orang baru dalam hidup mereka. Pesan saya seperti yang dipesankan oleh orang-orang yang terdahulu mendirikan rumahtangga "hadapi segala cabaran berumahtangga dengan sabar". Jutaan terima kasih kerana kesudian, kebaikan, kemesraan dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang saya bertugas merakamkan potret anda semua.

Sekian, jumpa lagi.....

Hubungi:
Tel : 019-379 9984
YM : mtjmy
eMail : teejay@res-qmedia.com

Malaysia Blog Sites Listing


No comments: