Wednesday, October 04, 2006

Merakam sejarah

Selamat bersua....
Kebelakangan ini semakin banyak pasangan bakal pengantin yang menyedari pentingnya merakam saat-saat bahagia mereka. Kesedaran ini disokong pula dengan kehadiran jurufoto yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Dengan kehadiran teknologi digital tugas mengambil gambar kelihatan begitu mudah.
Bagi bakal pengantin, mencari jurufoto yang sesuai juga boleh memeningkan kepala. Pastinya mereka mahukan seseorang yang boleh merakam dan menghasilkan gambar majlis mereka dengan sempurna. Ya...gambar yang akan ditatap seluruh keluarga dan akan menjadi bahan sejarah sehingga ke akhir hayat.
Blog ini akan membantu anda (bakal pengantin) yang sedang mencari-cari jurufoto bagi majlis penting anda. Lihat dahulu contoh-contoh gambar yang ada dan anda nilai sendiri. Dengan bayaran yang berpatutan, tee-jay-photo akan berusaha untuk memuaskan hati anda yang bersedia menggunakan khidmat tee-jay-photo.
Berpengalaman mengambil gambar majlis perkahwinan melayu selama hampir 10 tahun dan kini menyertai Res-Q Photomedia yang menjalankan kerja-kerja mengambil gambar sebarang majlis termasuk konsert artis tempatan dan antarabangsa.

Hubungi :
Tel : 019-379 9984
YM : mtjmy
e-mail :
teejay@res-qmedia.com


No comments: